Honey Butter Cashewnut Korea

Isnin, Oktober 09, 2017

Baru-baru ini saya berpeluang merasa salah satu snek dari Korea yang sedap yumm yummm! Sedap bukan main-main! Kacang gajus bersalut mentega dan madu. Siapa yang jenis gatal gigi suka kunyah-kunyah tu memang tidak akan cakap tidaklah. Rugi kalau tolak tau! Snek ini Cekengah kirim pada kawan dia yang pergi ke Korea baru-baru ini.

Haaa, beginilah rupa paras packaging snek Honey Butter Cashewnut yang saya maksudkan.


Bagi yang suka mengunyah macam saya, kalian memang akan enjoy snek ni. Sekali dah masuk mulut, memang tak boleh berhenti! Ketagih dibuatnya. Lepas satu, satu masuk mulut. Kacangnya rangup. Ditambah pula dengan rasa lemak mentega dan manis madu yang rich sangat,...oh,..heaven in your mouth! Krup krap krup krap. Bayangkanlah kacang gajus biasa pun dah cukup sedap, inikan pula yang disaluti madu dan mentega. Habis rosak diet saya huhuhu. Masa makan tu dah tak kira dah calorie intake untuk hari tu, Calorie what?! Tiba-tiba buat lupa 😃 Bott dengan Cekebon kat tepi pun saya tak pelawa. Hahaha! Honey Butter Cashewnut punya pasal, diet berterabur, kita pejamkan mata aja. Berbaloi! Memang berbaloi-baloi!

Selain gajus, ada juga kacang badam - Honey Butter Almond. Cekengah prefer yang ini. Bagi saya, badam pun sedap juga. Senang cakap, dua-dua best! Dari segi tekstur, walaupun berperasa madu dan mentega, kacangnya tidak melekit ye. Rasa madu dan butter tu dalam bentuk serbuk yang selaputi kacang. Jadi, kesegaran dan kerangupan kacang tetap tiptop!

Teringin nak makan? Cuba beli secara online ye. Tak silap saya di 11 Street ada tetapi tidak pasti pula harganya mahal ke, berpatutan ke... Kalau tak jumpa, cari seller di IG ke,..Nanti dah rasa, boleh kongsi pendapat kalian dengan saya. 

Psstt! Teringin susu pisang Korea? Boleh cuba buat sendiri. Entri resepinya di sini. Ada resepi mudah untuk buat susu pisang ala-ala susu pisang Korea. Ada juga resepi untuk buat smoothie. Sedap dan mengenyangkan. Selamat mencuba!


37 ulasan

  1. saya apa saja cashewnut mmg sy suka

    BalasPadam
  2. rindu nak mengunyah..cepat-cepatlah boleh cabut gigi besi ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dont worry. The time will come. Dah boleh kunyah2 nanti inform kat akak,...akak bawa 7 dulang jamu Sal nanti 😊

      Padam
  3. sedapnya..suka dua2..almond & cashew...

    BalasPadam
  4. hehehe apa itu calories ? idk what is calory ? hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...apa tu kalori? Hahaha kacang abis baru tahu balik kalori tu apa 😂

      Padam
  5. suka kacang macam tu, kalau dah kacang pun suka, yang ni mesti kena dengan selera.. tapi sekarang tak boleh makan, kena bagi batuk ok dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau batuk, tangguh dulu hasrat nak berkacang-kacang ye, Eyda. Semoga cepat sembuh.

      Padam
  6. kenapa x tnjuk isinya..hehe...nk tahu jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe leka makan lupa pula nak snap gambarnya. Kacang ni macam kacang gajus tong nam tu cuba diselaputi serbuk-serbuk sikit (tapi tak melekit). Serbuk-serbuk tulah yg berasa mentega dan madu.

      Padam
    2. gajus tong nam?
      feveret aida tu, farrah :)

      Padam
  7. WHAT IS THIS?? SNACK yang menggiurkan. heee

    BalasPadam
  8. ada member aida post kat fb.
    kata nyer dia rindu. jumpa kat jusco kot.
    aida baca jer la status dia.
    rupanya farrah pon mcm dia. teringin kcg korea :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kalau dah makan, akan rindu-rinduan nak makan lagi, Aida =)

      Padam
  9. Hari tu masa pergi Korea ada nampak benda ni dekat airport. Takde rasa nak beli masa tu. Tapi, bila dah balik Malaysia baru rasa menyesal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe,..tu mungkin bawa petanda akan ke Korea lagi hahahah

      Padam
  10. btw akak ada link utk beli tak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorrylah, Nina. Nggak ada. Tapi macam pernah nampak kat 11 street.

      Padam
  11. Mummy suka packaging dia... Cantik !

    BalasPadam
  12. Mummy semua jenis kacang mummy suka.. Bosan2 kat opis boleh ngap! Skrg mummy obses dengan kacang wasabi..hehhe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kacang wasabi pun sedap juga!!!! Saya hari tu satu pek besar, saya sorang je makan. Lepas tu baru nak buat muka menyesal ;)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.