Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Guitar Chords)

Selasa, April 03, 2018

Siapa dah dengar lagu terbaru daripada Siti Nordiana? Judulnya Hatiku Milikmu. Saya baru tonton klip video lagu ini yang released semalam di channel Seventeen Eleven Music. Video cantik bangattttt! Buat dekat Krabi, hasil kreativiti Storytellrs yang turut arahkan music video Pematah Hati - Nabila Razali tu. You can expect the same quality of work and definetly will not be frustrated. Turut terlibat dalam klip video tu ialah Alvin Chong dan Fikri Ibrahim. Masing-masing pegang watak jadi kekasih sebelum dan selepas Nana. ­čśâ

Oh, tentang lagu pula,...I loveeeeeee this song! Jatuh kategori lagu cinta dengar pertama-lah! Dengar dengar je terus jatuh hati. Sepanjang malam semalam asyik dok terngiang-ngiang lagu ni. Part chorus memang best! Mengingatkan saya pada lagu Apa Artinya Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso. Cuma bahagian hujung yang dia jerit 'hatiku milikmu' tu kurang gemar sikit. Akak demping bagi saya hehehe. Anyway, lagu 'Hatiku Milikmu' merupakan ciptaan Nana sendiri dan lirik oleh Shana. 

Seperti biasalah, bila dah suka sangat lagu, mestilah kena buat chords kan...Kebetulan semalam saya cuti dan ada dekat rumah. Adalah sedikit masa terluang untuk session bersama si Kapok saya. Guitar chords Hatiku Milikmu ini versi mudah ye. Telah ditransposed. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Chords)
Ciptaan: Siti Nordiana dan Shana
Terbitan: Seventeen Eleven Music


Em D C G
Am B7 D 


Em
Aku telah merasakan
Am
Pahitnya kau tinggalkan
D G
Pernahkah di hatimu mencintaiku
C
Takkan pernah habis
Am
Kasihku padamu
B7 Em
Selama jiwaku masih untukmu

Em Am
Jangan pernah kau biarkan aku
D G
Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
C Am
Aku hanya ingin mendampingimu
C B7
Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan


(Chorus)
Am D
Cinta hatiku takkan pernah bisa
G C
Menggantikan oleh yang lainnya
Am C
Pernah kucuba dan kurasakan
D
Tapi ku tak daya

Am D
Jangan pernah kau cuba untuk meminta
G C
Aku pun di sini tak pernah rela
Am C
Tolong jagalah dan kau kuatkan
B7
Hatimu untukku
Em 
Hatiku milikmu


Em Am
Jangan pernah kau biarkan aku
D G
Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
C Am
Aku hanya ingin mendampingimu
C B7
Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan

Ulang (Chorus)


6 ulasan

  1. mentang2 lagu ni tgh pemes ;-)

    BalasPadam
  2. macam tak perasan jer lagu nih.. nanti nak godek cari

    BalasPadam
  3. Nani baru dengar lagu ni semalam. Heheh

    BalasPadam
  4. Dengar dah aritu hihihi best gak lagu siti nordiana ni

    BalasPadam
  5. Baru tahu Siti Nordiana ada lagu baru. Hii. CAntik video klipnya. Suka dengan suara Nana. Unik.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.