Pertengahan bulan baru-baru ini saya buat spinner card. Saya dalam proses nak bayar hutang hadiah kepada kawan-kawan. Heheheh lama benar tertunggak sebab saya tidak ada masa nak duduk betul-betul, buat kad, pilih hadiah. Kadang-kadang dah beli hadiah, malas pergi pos. Datang pula occasion terdesak yang memerlukan saya korbankan hadiah tu beri pada orag lain. Dah kena fikir hadiah lain. Saya rasa sayalah 'si penangguh' paling teruk huhuhu. Alang-alang cuti, saya cuba selesaikan urusan tertangguh mana yang sempat.
Sudah lama tak bertapa dalam bilik kraf, luangkan masa buat kad, buat scrapbook. Jadi, kali ini saya cubalah hasilkan spinner card. Sebelum ini pernah buat swing card. Boleh baca mengenainya di sini. Spinner card yang saya buat ini jenis lipatan Z (Z-fold).
Sudah lama tak bertapa dalam bilik kraf, luangkan masa buat kad, buat scrapbook. Jadi, kali ini saya cubalah hasilkan spinner card. Sebelum ini pernah buat swing card. Boleh baca mengenainya di sini. Spinner card yang saya buat ini jenis lipatan Z (Z-fold).
Proses awal. Kita nak hiasan berbentuk love tu berpusing-pusing apabila kad dibuka si penerima. Saya guna tali pancing yang halus dan lekatkan di bahagian belakang kad guna gam putih. Gam putih yang saya maksudkan ni jenis clear finish. Maksudnya, apabila gam ini kering, kesan gam tidak ketara kerana akan jadi jernih. So, tak comot sangatlah.
Tali pancing ditarik setegang yang boleh. Saya turut gunakan invisible tape supaya tali kekal pada posisi sementara gam mengering.
Setelah gam kering, inilah hasilnya.
Sesudah bahagian spinning tu selesai, barulah dihias kad mana yang patut. Cap sentimen 'just for you' dan guna decorative border punch untuk kemasan tepi.
Sentuhan akhir. Letak 💓 yang ditebuk pakai craft punches atas glitter paper.
SIAPPPPPP!
sweeetnyaaa kaler dia lawa.. hehehe gam ikan =P
BalasPadamEh, Siti suka pink jugak ke?
Padamused to be a fan nak semua pink nak gegirl la kononnya but okayla not bad pink suma x hantuu macam dulu. im more to earthy tones now =P
PadamPergh!! Cantiknya kak farah.. ohsem dan berseni tangan akak..
BalasPadamNi first time buat kad spinner, Sha.
Padamromantik nyer :)
BalasPadamHeheheh
Padamomey omeyyyyy
BalasPadamThanks 😊
Padam