Isnin, Oktober 29, 2018

Penangan Zamani

Ada siapa-siapa yang follow Gegar Vaganza 5? Secara peribadi saya tak ikut sangat program ini sekarang. Cuma sesekali jika layan Youtube, tengok jugalah klip-klip yang ada. Lagipun, musim ini tak banyak artis yang saya minat. Ada Zamani seorang je.

Sebut tentang Zamani, apabila dapat tahu yang lagu tugasannya untuk minggu ke-5 ialah lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta', saya jadi excited. Lagu nyanyian kumpulan Flybaits yang pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan Spring ini memang antara lagu kegemaran saya. Dahulu, masa mula-mula belajar main gitar, bukan main ambitious lagi nak belajar main lagu ni, selain lagu 'Saat Terakhir', ST12.

So, malam tadi sambil menyudahkan tempahan kad, kejap-kejap intai Gegar Vaganza Live. Malangnya, apabila giliran Zamani tiba, dia tak boleh perform. Hilang suara. Seawal baris pertama dah kecundang. Kuciwa! Kuciwa! Tetapi, apa yang menarik, peminat-peminat Zamani, seluruh isi dewan, hos dan juga juri sama-sama bantu Zamani menyanyi lagu tu sampai habis. Sweet and touching jugaklah.

Penangan Zamani dan Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta

Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak masuk blog dan dah lama tak check statistics. Pagi tadi sajalah tengok statistik blog hidup segan mati pun segan saya ni. 😉

Terkejut tengok entri guitar chords 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta' jadi entri popular blog sepanjang minggu lepas. Hari ini pun, entri ini masih jadi pilihan dan carian popular. Dahsyat betul penangan Zamani! Ramai yang nak berdendang layan blues dengan lagu ni rupanya.





Oh, tadi masa lunch, Bott tunjuk satu klip di Youtube, Zamani nyanyi lagu ini dalam satu event. Best! Kena sangat dengan suara dia. Tetapi, personally, antara versi asal (Flybaits), Spring dan Zamani, saya paling suka nyanyian Ameng Spring. Jika nak dengar, cari di Youtube ye. Boleh dapatkan chords 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta' di sini


10 ulasan:

  1. Huu memang penangan tul kan..statistik tu perlu tengok agar naik semangat berblog kan..

    BalasPadam
  2. kiranya k word dan seo google lah tu penangan Zamani lagi kan artis

    BalasPadam
  3. Hai kak Farah! lamanya ana tak melawat rinduuuuuuuu hehe. haah betul2 ana pun sejenis jarang layan GV ni tapi tengok2 aje kat youtube & masa konsert GV smlm tu ana sempat jugak tgk sesi zamani tak dpt perform tp betul semua sporting tlg nyanyikan lagu tu sampai habis. salute !

    BalasPadam
  4. kan penangan Zamani, ramai nak search kan.

    BalasPadam
  5. Semangat peminat menyokong Zamani ye.. semoga kesihatan beliau semakin baik.. Tahniah kak..

    BalasPadam
  6. sayang zamani dah keluar dari GV. huhu

    BalasPadam
  7. Akak tak tengok sebab astro dah 3 tahun dipotong. Lagipun, masa ada astro dulu, akak tak tengok jugak GV ni. Tak tau la kenapa akak tak minat nak tengok. Mungkin sebab alergik dengan label astrok tu kot. Hahaha.

    BalasPadam
  8. Saya pun tak tengok GV tapi ayah saya minat, mungkin sbb ramai artis lama2 yang dia pernah minat. Tapi setiap ahad malam isnin memang kena teman dia tengok. Dia je lah tengok, saya tengok screen laptop (haha) tapi saya tergamam jugak masa tengok persembahan Zamani. Terharu sbb semua tolong nyanyikan untuk one of our living legend. Harapnya malam ni punya GV, beliau dapat perform well.

    BalasPadam
  9. sy x ikuti GV tp tau laa jg apa yg kena apa yg xkena dgn GV kali ni😊

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.