Isnin, 20 Mei 2019

KOPI Siri Original Tonton

Kena beritahu awal-awal. KOPI (Siri Original Tonton) ini ditayangkan tahun lepas lagi. Cuma saya yang baru tengok tahun ini.

Alkisahnya, ketika itu saya di luar. Ada urusan. Jadi sambil menunggu Bott, saya masuklah aplikasi Tonton. Tengok-tengok cerita apa yang best. Came across 'KOPI'. 'KOPI' ni merupakan antara Siri Original Tonton. Diadaptasi daripada antalogi cerpen Fixi (yang juga bertajuk KOPI). Faham-faham sajalah, saya kalau bab-bab kopi ni, terus macam ada siren ultraman menyala-nyala. Terus jadi intrigued.

Setiap cerita pendek sahaja durasinya. Satu cerita tu biasanya ada dua bahagian. Setiap bahagian pula dalam 10 - 15 minit. Bagi yang renyah tengok cerita bersiri panjang-panjang, bolehlah layan episod-episod 'KOPI'. (Kredit gambar: Facebook Tonton)


Inilah buku antologi cerpen 'KOPI'.


Bagi peminat Zara Zya dan Izzue Islam, boleh tonton lakonan mereka dalam 'Secangkir Kopi Bersama Dia'. Tak perlulah saya ceritakan berkenaan apa. Ceritanya pendek je. Apa yang tinggal untuk kalian tonton nanti heheheh. OKlah. Tetapi, ini bukan my favourite pick


This one OK. I like.


Haa... yang ini pun best. Lain sedikitlah jalan cerita 'kopi'nya. Boleh dilayan.


'Bersaksi Kopi' is one of my favourites. Yang ini satu episod sahaja. Lakonan Mimi Lana dan Redza Minhat (saya suka lakonan kedua-dua mereka). Ceritanya sembang-sembang kat kedai kopi je, tapi...aishhh tengok sendirilah. One thing kalian kena faham cerita-cerita FIXI macam mana. Jangan expect macam drama petang-petang pukul 7 tu pula. 😉


Selain daripada itu, saya juga suka 'Luwak dan Kretek', lakonan Nad Zainal, 'Cinta Kopi' (cerita lakonan Iedil Putra dan Syakila Khoriry ni sweet) dan 'Kopi Percik', lakonan Syafie Naswip. Alah, senang cerita, tonton jelah semua episod yang ada. Siri 'KOPI' ini juga boleh ditonton melalui chanel Tonton di Youtube. 


Oh, satu lagi Siri Original Tonton yang boleh saya recommend pada kalian ialah 'Mata Ketiga' terbitan Skop Production. Cubalah tengok. Baca lebih lanjut mengenai 'Mata Ketiga' di sini.

7 ulasan:

  1. Wah.. menariknya.. nak carilah nanti.. tq untuk cadangan nie.. peminat kopi mesti suka punya..

    BalasPadam
  2. kiranya semua 'bau kopi' laa ya😊

    BalasPadam
  3. Sepertinya akhir-akhir ini, ngopi betul - betul jadi suatu trend besar, ya 😁 ...

    Di negara saya juga banyak sekali bermunculan tempat ngopi berkonsep banyak rupa.
    Mulai dari sederhana sampai kekinian.

    BalasPadam
  4. Kalau pasal kopi you memang no 1! :)

    BalasPadam
  5. Ingat cerita pasai air kopi saja. .Ada gak watak2 bercinta la

    BalasPadam
  6. nama saja ada kopi tp jalan cerita lain2... bagus idea pengarah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...