Sekejap sahaja Ramadan tahun ini dah nak berlalu. Sedar tidak sedar, dalam tempoh seminggu lagi kita dah nak raya. Terujanya! Bagaimana persiapan raya kalian setakat ini? Dalam pada kita sibuk-sibuk tu, jangan lupa pada tetamu kita yang bakal beredar. Pandai-pandailah bahagikan masa supaya kita masih berpeluang untuk buat pecutan akhir untuk Ramadan dan bersedia menyambut Syawal.
OK, berbalik pada topik. Hari ini saya hendak kongsi tips bergaya di hari raya. Tahu tak, dengan penggunaan aksesori yang betul, kita boleh nampak lebih kurus? Ya, saya ulang. Penggunaan aksesori yang betul. Dalam nak melaram dengan baju raya tu, pastikan aksesori yang kalian pilih kena dengan tubuh kalian.
1. Barang kemas dan perhiasan
Pilih barang perhiasan yang kena dengan bahagian tubuh. Pemakaian aksesori seperti gelang, cincin dan rantai yang betul dapat bantu kita untuk tarik perhatian orang lain dari bahagian-bahagian tertentu tubuh yang ingin kita sembunyikan. Misalnya, penggunaan rantai atau kalung yang panjang boleh 'memindahkan' pandangan orang dari bahagian bawah tubuh dan pinggul yang agak besar. Elakkan penggunaan rantai yang pendek atau chunky, nanti kita nampak dompot. Penggunaan gelang atau rantai tangan juga perlu kena pada tempatnya supaya dapat sorokkan bahagian lengan yang agak besar.
2. Tali pinggang
Penggunaan tali pinggang boleh memberi ilusi figura badan yang lebih kurus terutama sekali apabila memakai gaun atau jubah. Pastikan tali pinggang yang dipilih jenis yang kecil, bukan lebar.
3. Beg
Pilih beg yang bersesuaian dengan bentuk tubuh dan ketinggian kalian. Jangan nanti ada yang kelihatan seperti gergasi (dek kerana beg yang dibawa bersaiz kecil) atau kelihatan lebih besar dari saiz anda yang sebenar hanya kerana beg yang diperagakan terlalu besar untuk tubuh.
Ingin tahu lebih lanjut? Jemput baca artikel saya '3 Perfect Ways to Use Accessories to Create A Slimmer Look'. Artikel ini diterbitkan di Thread by Zalora awal tahun dahulu. Tetapi, saya ulang siar di sini supaya tips ini bolehlah digunakan untuk raya nanti :) Klik sahaja pada banner di bawah ye.
Selamat Membaca!
Nice tips.
BalasPadamThanks, Mrs. Pip!
Padamtali pinggang tu x berani nk pakai sbb mkn je smpi perut naik sendat hahaha
BalasPadamHahaha ada point di situ ;)
Padamtali pinggang tu Amani pakai.. hehehe..
BalasPadam