Lima enam bulan belakangan ini, overnight oat memang sudah jadi antara pilihan sarapan saya untuk memulakan hari. Tetapi, tidaklah setiap hari. Cuma tiga ke empat hari seminggu. Saya selang-selikan dengan hari sarapan roti atau hidangan lain (kadang-kala teringin nak nasi lemak, nasi kerabu atau roti canai juga untuk sarapan hehehe). Sebab utama saya pilih overnight oat kerana mudah disediakan, sedap dan yang paling penting mengenyangkan.
Kebiasaannya, saya memang akan sediakan overnight oat lebih awal (dalam 4 - 6 botol kecil). Oat dan susu yang sudah disukat dimasukkan ke dalam botol siap-siap dan kemudian simpan di dalam peti dingin beku (freezer). Lama sedikit jangka hayat overnight oat tu. Jika esok hendak makan overnight oat, sebelum tidur saya akan pindahkan satu botol ke peti sejuk. Semasa hendak bersarapan, barulah dikeluarkan dari peti sejuk dan letak buah-buahan sebagai toppings.
Melalui cara ini, 'meal prep' saya jadi lebih senang. Lebih teratur. Saya siapkan untuk beberapa hari punya portion sekaligus. Apabila saya hendak makan, tinggal ambil sahaja. Selain itu, dapat pastikan kesegaran susu segar yang digunakan. Yelah, satu kotak susu segar akan tahan sekitar 3 - 4 hari sahaja. Lambat guna nanti masam pula susu tu. Jadi, kita bekukan supaya tidak bazir.

Resepi overnight oat gabungan dua jenis epal di bawah antara resepi paling mudah yang menjadi kegemaran saya. Stok epal di rumah memang tidak pernah putus terutamanya epal hijau. Sekali-sekala apabila beli epal merah, saya guna kedua-duanya untuk overnight oat saya. Gabungan rasa masam epal hijau dan manis epal merah memang sedap!
Resepi Overnight Oat - Epal Hijau dan Merah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 biji epal merah
- 1/2 biji epal hijau
- 40 gram rolled oat
- 120 gram susu segar
- 1 sudu teh madu atau 1 sudu teh yogurt (optional). Sekarang ini, saya lebih suka tidak menggunakan sebarang pemanis untuk overnight oat saya. Hanya bergantung pada manis buah-buahan dan susu sahaja.
Cara-cara Penyediaan:
- Sukat susu dan oat. Masukkan ke dalam botol.
- Masukkan yogurt atau/dan madu diikuti dengan potongan epal hijau dan merah.
- Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk.
- Apabila hendak dimakan, gaul semua sehingga sekata dan nikmati dengan senyuman.
Resepi paling atas memang antara resepi overnight oat yang paling ringkas. Jika kalian baru ingin berjinak-jinak makan oat, ini bukan pilihan resepi yang sesuai. Saya cadangkan penggunaan lebih banyak jenis buah seperti beri (blueberi atau strawberi) atau buah naga dan sedikit kekacang untuk elemen rangup. Kalau tidak kisah untuk bereksperimen, boleh juga tambah sedikit serbuk kayu manis atau serbuk buah pala.
Selamat Mencuba!
Saya pun dulu amalkan makan oat pepagi. Cuma sekarang dah malas pulak. Bagus idea Kak Farrah tu! Saya patut bekukan je so bila nak boleh ambil and letak peti ais bawah. Saya awal awal dulu guna pisang, choc chip and peanut butter haha tp since dah start 'no sugar' lepas tu saya guna pisang and blueberry hehe
BalasPadamSedap pula nampak overnight oat kak farah tu.. Cadangan breakfast yang menarik untuk dicuba..
BalasPadamrolled oat lg ok dari oat yg mcm serbuk tu...mudah buat mcm ni..idea yg bagus..
BalasPadamnmpk sedaplah! yummy!
BalasPadamsedap minum kak farah nnti boleh cuba buat ni
BalasPadambiasa guna oat biasa tu. rolled oat ni tak pernah cuba lagi. Terima kasih untuk resepi ni
BalasPadamnampak sedap ja menu2 oat ni. tapi saya kembang tekak kalau makan oat/nestum
BalasPadamyang penting jangan guna pisang. sebab nanti lebam. tak sedap. huhu. ke saya salah buat. dulu rajin buat. sekarang suka buat milkshake buah. tambah rolled oat. overnight oat kalau guna jenis rolled oat lagi sedap kan drp yang oat biasa. tak berlendir sangat
BalasPadamTak pernah lagi layan rolled oat
BalasPadam