Seorang teman menghubungi saya meminta pertolongan buat kord piano untuk lagu Till Jannah. Dia bercadang hendak gunakan lagu tersebut sebagai latar klip video perkahwinan adiknya.
"Till Jannah tau! Bukan Hingga ke Jannah!" Pesanannya yang itu buat saya celik mata. Ada beza ke? Sebab saya memang ingat dia maksudkan lagu Hingga ke Jannah dendangan KRU. Itu kan kira lagu untuk orang kahwin juga.
"Till Jannah!” Ditekannya sekali lagi. "Bukan kau dengar nasyid ke, F?"
Ishh, mak cik sorang ni... dia ingat pagi petang siang malam ke telinga saya bersumbat muzik sampai boleh cover semua lagu. Saya pun mulalah menjejak 'Till Jannah' yang dimaksudkan.
Rupa-rupanya Till Jannah ialah sebuah lagu nyanyian Halim Ahmad. Saya biasa juga dengar lagu ni malam-malam kat IKIM tapi rasanya lagu gubahan Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa ini bertajuk Rumahtangga Syurgawi. Pernah popular sekitar setahun yang lalu.
Buka e-mel, tengok ada permintaan untuk kord gitar Till Jannah. Kali ini, yang meminta siap sertakan pautan Youtube bagi memudahkan saya. Oh, kira ala-ala rebranding. Halim Ahmad baru sahaja keluarkan video lirik Till Jannah pada awal bulan ini.
Kredit Imej - Youtube Neurotic Studio |
Lirik Lagu Till Jannah - Halim Ahmad
Turut dikenali dengan judul Rumahtangga Syurgawi
Lagu/Lirik: Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa
Kisah dukamu
lukis di pasiran tepian pantai
Ombak menghempas
menghilang semua tanpa berbekas
Kebaikannya
lakar di batu sedalam kau bisa
Badai melanda
tak menukar sejarah cinta
Till jannah
Harapan takkan punah
Melihat takdir-Nya penuh indah
Setiap saat berserahlah
Jalanmu dipermudah
Bahagia itu sederhana
Cinta yang jadi sumbunya
Biarkan ia menyala
Marak membahagia
DISCLAIMER: Lirik lagu di atas merupakan hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, kord gitar dan klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis kegemaran anda dengan mendapatkan karya di platform digital yang sah agar mereka dapat terus berkarya.
Oh tajuk lagu rupnaya. hehe Baru nak cakap kalau ucapan Jannah tu dalam araab. Wish dalam bahasa arab terus lah kalau macam tu. kikiki
BalasPadamHa ah, Ain. Tajuk lagu hehehe. Tapi akak setuju dengan pendapat Ain tu. Lagi bagus kalau guna semua bahasa Arab terus, kan?
PadamSemoga kita di hadiakan jannah...aamiin
BalasPadamAamiin Aamiin YRA. 😊
PadamNasib baik tak tersalah lagu. Hehe
BalasPadamlepas baca entri ni , terus nak search di youtube
BalasPadamSetuju dengan kak sal, nasib baikkk tak salah lagu hahahah. Saya pun tahu lagu KRU tuuu je hingga jannah, yang till jannah ni tak pernah dengar lagi hehehe.
BalasPadamMaksud yang sama lagu berbeza. patutlah di tekan tekan "Till Jannah" supaya tak silap :)
BalasPadamdasat penulis liriknya tu
BalasPadam