Jus Timun yang Menyegarkan

Khamis, September 16, 2021

Semalam, semasa hendak makan tengah hari, Bott potong timun untuk dibuat ulam. Tetapi, timun tu pula dah lembik sedikit terutamanya pada bahagian empulur. Kami nak buat cecah sambal belacan. Tak kick sebab timunnya tak rangup.

Terpandang hirisan-hirisan timun di atas papan pemotong, terus saya minta kesemuanya daripada Bott. Suruh dia ambil dan potong timun lain. Saya hendak buat jus timun.

Jus Timun Mudah

Masa buat air timun ini, teringat pada arwah nenek saya (emak Cekebon). Dahulu, andai  ada timun yang benyek, nenek akan juskan. Begitu juga jika buat lauk acar timun dan nanas, 'kan empulur timun tu kita asingkan. Empulur tu jangan dibuang tau! 

Nenek tambah sedikit air, kisar timun dan empulur dengan secubit garam, tapis dan letak ketulan ais. Kemudian, nenek panggil kami tiga beradik untuk minum jus timun sejuk. Segarnya! Masa tu berebut-rebut minum. Padahal airnya air timun, garam dan ais sahaja.


Smoothie Timun Penuh Khasiat

Jus timun Cekebon sedikit berbeza. Cekebon tidak akan tapis serat timun. Eat your greens. Eat your fibre! 😂 Lebih kepada smoothie. Selain garam, Cekebon akan tambah sedikit perahan jus limau nipis atau lemon. Jadi, rasanya masam-masam sedikit. Tidak pun, Cekebon tambahkan sebiji epal untuk dikisar bersama timun. Jadilah jus epal dan timun yang penuh khasiat! Vitamin ada… serat pun ada…


Air timun saya pula, saya ambil timun yang benyek tadi dan masukkan ke dalam Shake 'n Take. Letak beberapa ketul ais dan kisar. Setelah ais hancur, masukkan sedikit air perahan lemon dan satu sudu teh biji chia. Goncang sedikit biar sebati sebelum dinikmati. Alhamdulillah, nyaman je smoothie timun lalu dekat tekak.

Selain itu, boleh juga tambah kesedapan air atau smoothie timun dengan letak daun pudina atau asam boi. Cubalah! Mesti puas hati! 

14 ulasan

  1. Saya suka jus carot...nak tambah penglihatan baik..apapun jus timun ni pernah juga minum..

    BalasPadam
  2. Betul3. Jus timun sangat menyegarkan. Sama lah. Saya x tapis. Bila sedut serat2 tuh rasa sihat sangat...ala2 popeye dengan bayam :)

    BalasPadam
  3. Timm air timun ni campur sikit dgn gula & sirap, terus jadi jus tembikai! Sedap!

    BalasPadam
  4. Wahhh boleh try letak lemon & selasih lepas ni. Tgh tggu timun dkt kebun besaq. Skrg kecik2 tapi banyakkk. kalau besar serentak tu jenuh makan timun sisss heheh

    BalasPadam
  5. Tak pernah buat jus timun. Tapi pernah buat diffuse water dengan timun je. Bagus untuk sejukkan badan..

    BalasPadam
  6. Ha PC tak pernah cuba lagi minum jus timun ni. Sesekali boleh buat ni, asam boi pun ada tu.

    BalasPadam
  7. Tak pernah minum jus timun, maybe sebab saya tak suka makan timun kot. Orang tua-tua memang tak suka membazir kan. Setiap inci bahan makanan tu kalau dia boleh proses, dia akan come up with something.

    BalasPadam
  8. betul tu , timun kalau tak rangup memang tak berapa sedap nak di buat ulam cicah sambal belacan , mujur dapat idea altenatif lain buat jus timun , tak ada la membazirkan

    BalasPadam
  9. nampak sedap juga jus timun yang sis buat ni. timun ni selalu saya makan saja tak minat sangat nak buat jus..hehe

    BalasPadam
  10. Pernah minum air timun yang kotak tuu, tapi sadly tak kena dengan tekak saya >.< Tapi timun tu saya boleh makannnn hehehe.

    BalasPadam
  11. Memang kurang kick kalau timun tak rangup. Even suka timun tapi tak pernah lagi minum jus timun. Tak ada keberanian nak mencuba. Risau buat tak tertelan nanti. huhu

    BalasPadam
  12. Bagus ni jus timun. Jika pengidap darah tinggi, boleh turunkan tekanan darah.

    BalasPadam
  13. sedapnya dpt minum time cuaca panas

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.