Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja. Cuaca masih tidak menentu dua tiga hari ini. Jaga diri baik-baik ya.
Di tempat saya sekarang agak sejuk. Tidak hujan tetapi dinginnya tu boleh tahan. Matahari main sembunyi-sembunyi di sebalik awan berat. Harap-harap kalau hujan nanti tidaklah lebat dan berterusan hingga mengakibatkan air naik.
Sejuk-sejuk begini alangkah indahnya kalau dapat makan roti yang panas-panas baru keluar oven. Lawan pula dengan kopi. Uishh, memang asyik! Perut tu pandai je berlagu minta diisi. Masalahnya malas nak bergerak!
Buat-buat tak pedulikan perut, saya sort gambar dalam galeri telefon. Ternampak pula roti rosemary ni. Terus jadi bertambah-tambah lapar. Ini hidangan minum petang saya sewaktu bercuti minggu lepas. Setin roti rosemary panas dan secangkir cappuccino. Saya belum makan tengah hari. Memandangkan ketika itu tinggal beberapa jam sahaja lagi hendak makan malam, saya makanlah roti ini sekadar buat alas perut.
Roti Rosemary |
Cappuccino |
Biasanya apabila memesan kopi panas di luar, saya gemar pilih piccolo kerana saiz hidangan yang lebih kecil berbanding latte atau cappuccino. Tetapi kali ini, memang sengaja pilih cappuccino. Nak portion kopi yang besar untuk dinikmati bersama roti rosemary panas saya.
Aduhai, sambil tulis entri pun dah meleleh air liur! Nanti memang kena cari resepi roti rosemary kemudian cuba buat sendiri. Tak sangka sedap dan kena dengan selera saya. Selama ini penggunaan rosemary saya terhad kepada penyediaan ayam panggang dan lasagna sahaja.
Kalian ada gemar roti yang menggunakan herba atau ramuan tertentu? Kongsi-kongsilah dengan saya ya. Atau lebih suka roti yang manis?
Pstt! Masih mencari rentak untuk blogwalking dan balas komen. Tungguuu!
dapnye kopi..lama x lepak2 kat cafe, minum kopi cantik & sedap..emmm....besttt
BalasPadamMoga lepas ni kita semua ada plenty of time untuk lepak-lepak kat cafe, nikmati kopi cantik dan sedap.
Padamtak pernah pula makan roti rosemary. I'm a simple girl, roti cinnamon je pun dah buat saya happy. hehe. jaga diri kak. Cuaca mendung ni memang asyik lapar je
BalasPadamTerus terbayang bau roti cinnamon. Yummeh!
PadamThanks, Sal. Sal pun jaga diri baik-baik tau!
SA paling suka cinnamon rolls, garlic bread..rosemary bread x pernah makan lagi
BalasPadamSaya ni pun baru pertama kali cuba roti rosemary ni, kak. Kena pula dengan selera. :)
Padambiasa dgr daun rosemary..kalini roti rosemary
BalasPadamBau rotinya semerbak wangi :)
PadamDisini mendung je harini. Rasa nak tumpang semeja dengan akak menikmatinya. Sedapnya cappucino panas dan roti resemary. Dua dua aroma memikat.
BalasPadamAroma memikat ni yang buat bertambah makan heheh. Kalau dekat dah ajak dah Fiza berkongsi meja, roti dan kopi akak. Tak cukup kita tambah hahahah.
PadamJaga diri baik-baik, Fiza. Cuaca tak menentu ni.
pergh sedap ni, santai petang2 sambil menghirup secawan kopi..hehe
BalasPadamMemang sedappp! :)
Padam