Berbaloi di Eco Shop - Decorative Cloth Tape

Rabu, Mac 23, 2022

Minggu lepas pergi Eco Shop. Seperti biasa, masuk kedai ini tidak pernahlah keluar dengan sikit-sikit barang. Ada sahaja yang memancing perhatian untuk dibeli.

Lalu di rak jualan bahagian alat tulis, senyum lebar saya apabila lihat stok decorative cloth tapes yang ada. Cantik-cantik corak pitanya. Ni mesti baru sampai. Kalau ikut tamak, rasa macam nak beli semua. Mujurlah kewarasan masih bersisa dalam kepala. 😂

Setelah bergelut dengan diri sendiri, saya hanya beli 3 pita di bawah. Senada warna ketiga-tiganya. Hitam, putih dan kelabu.

Decorative Cloth Tape

  • Basic zentangle design
  • Damask 
  • Slanted stripes

Ukuran pita ini - 4.8 cm X 4 m. Memang berbaloi sangat! Sebelum ini, saya beli pita yang lebih kurang sama di Mr. DIY dengan harga RM3.++.

Decorative cloth tape begini banyak kegunaannya untuk aktiviti seni dan kraf. Selain daripada digunakan sebagai pita cantik untuk bind bahagian tepi buku, cloth tape ini sesuai sangat untuk buat hiasan kad, jurnal atau scrapbook.

Buat penanda buku cantik ni. Tampal cloth tape cantik di atas permukaan kertas keras atau kad, letak riben atau hiasan lain. Letak inspiring quotes pun boleh juga.


Buat kad ucapan  

Salah satu sebab utama saya suka cloth decorative tape ini - memudahkan saya untuk buat kad segera. Kadang-kadang terdesak perlukan kad ucapan, stok kad ucapan yang ada dalam simpanan tiada yang bersesuaian atau kena dengan tema. Jadi, kita buatlah kad segera 5 minit. 


Kad segera lima minit saya 😊

Tampal pita ke atas kad dasar. Kemudian, boleh cap atau letak sentimen/ucapan yang sesuai. Thank you ke ... miss you ke ... Mudah, bukan?

Selain itu, tekstur cloth tape membolehkan pita ini diwarnakan. Lihat kad ucapan mudah di bawah. Saya hanya warna bahagian-bahagian tertentu menggunakan Sharpie markers untuk beri efek yang lebih ceria berwarna-warni. 

Kad raya tema rama-rama balik kampung 😁


Cari idea untuk kad raya dan kad hari guru

Ada beberapa teman saya sudah mula bertanya idea untuk kad raya dan kad hari guru. Yelah, kita dah naik sesi persekolahan baharu. Nak masuk bulan puasa pula. Terujalah mereka mula merancang itu ini untuk dititipkan kepada guru-guru anak di sekolah.

Dahulu semasa sebelum Covid, saya rajin juga melayan anak-anak mereka datang buat aktiviti seni dan kraf di rumah. Buat kad ucapan untuk hari guru, hari ibu... macam-macamlah. 

Sekarang keadaan tidak mengizinkan. Saya tidak mahu ambil risiko. Jadi, dua tiga tahun ini, saya akan tolong fikirkan konsep dan rekaan kad yang mudah, senaraikan bahan-bahan yang perlu dibeli supaya mamanya boleh buat aktiviti dengan anak-anak di rumah. Lagi-lagi untuk isi masa sepanjang bulan puasa sementara menunggu waktu berbuka. 

Dua tiga hari ini saya sibuk cari idea kad raya simple yang tidak perlu guna bahan banyak. Pita ini boleh jadi antara bahan kad yang berbaloi untuk dibeli.

Jika berminat, singgahlah Eco berhampiran lokasi kalian dan dapatkan decorative cloth tapes ini. Tetapi, corak-coraknya bergantung kepada stok cawangan Eco itulah ya. 



8 ulasan

  1. Wah menariknya, suka kain elemen macam tu, betul buat bookmark pun cantik, thank you for info :)

    BalasPadam
  2. so kreatif...love it!
    sama la..kalu gi kedai eco, mesti meriah je hasilnya.. he he

    BalasPadam
  3. Wah kreatifnyaa!!!! saya ada tape macam ni tapi termenung juga nak buat apa.

    BalasPadam
  4. Aduh!! Kalau masuk ECO memang boleh hilang kewarasan.. hehehe..

    BalasPadam
  5. hanya jauhari yang mengenal manikam..
    kalau ammi la yg nampak kat kedai eco mmg tak jadi apa pun tape ni..

    BalasPadam
  6. dah start buad kad raya ye? selamat berkraf.

    BalasPadam
  7. Saya pun ada koleksi sikit. Itulah kan, kalau ikut rasa tamak semua nak diangkut. Kalau boleh setiap corak nak ada. Cantik betul bila dah diwarnakan tu. Kreatif Kak Farrah!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.