Untuk Mac yang Penuh Perisa seperti Biskut Mentega

Selasa, Mac 01, 2022

Assalamualaikum.

Salam 1 Mac. Satu lagi bulan baharu yang bakal kita semua tempuh. Semoga setiap hari yang akan dilalui penuh warna, penuh perisa dan tidak dibayangi perkara-perkara negatif. Saya doakan kalian sentiasa dilindungi Allah, dijauhi dari jangkitan wabak, penyakit dan musibah. Khuatir juga apabila melihat semakin ramai orang keliling yang positif Covid. Apapun, jagalah diri masing-masing sebaik mungkin!

Ada siapa-siapa sambut hari lahir bulan ini? Untuk Mac, saya perlu siapkan 17 keping kad hari lahir. Tujuh keping tempahan dari orang manakala selebihnya saya ingin hantar kepada keluarga dan kenalan. Ramai juga orang yang saya kenal lahir bulan tiga. Cekengah pun salah seorang March babies.


Buat Honey Butter Biscuits

Pagi ini saya semangat memulakan  hari. Setelah sarapan, duduk menghadap kerja dengan senyum lebar di bibir. Sebab apa? Sebab dari dapur ada aroma semerbak yang mengitari ruang rumah. Saya bakar biskut mentega madu (honey butter biscuits) untuk fika.


Lihat: Resepi Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken


Dengar 'ting' bunyi oven, terus bergegas bancuh kopi. Biskut mentega bermadu sedap dinikmati panas-panas. Makan sambil hirup kopi. Kopi saya hari ini pakai susu badam yang saya buat sendiri. 😎


Teman mulut untuk sambung kerja 😊

Saya tidak ikut sepenuhnya resepi honey butter biscuits di atas. Saya tambah beberapa bahan lain seperti bawang putih, parutan kulit lemon dan oregano untuk biskut mentega yang savuri (tidak manis).


Garlic Lemon Oregano Butter Biscuits

Resepi Biskut Mentega Bawang Putih, Lemon dan Oregano
(Menghasilkan lebih kurang 12-15 biskut.)


Bahan-bahan yang diperlukan:

A.
Buttermilk 145g. Boleh dapatkan di pasar raya di bahagian tenusu.
Jika tiada buttermilk, campurkan 2 sudu kecil cuka ke dalam 140g susu. Biarkan seketika pada suhu bilik dalam lebih kurang 15 - 20 minit sehingga tekstur susu bertukar menjadi sedikit kental. 



B. Bahan kering
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula. Kali ini saya guna gula nise.
  • 115g mentega sejuk. Simpan dalam peti sejuk dan kemudian potong menjadi bentuk dadu kecil supaya memudahkan kita adun bersama bahan lain.
  • 4 sudu teh serbuk penaik
  • 1 - 2 sudu teh serbuk bawang putih (Banyak mana serbuk bawang putih bergantung pada sekuat mana rasa bawang putih yang diinginkan). Jika tiada serbuk bawang putih, boleh sahaja guna 3 - 4 ulas bawang putih, cincang sehingga halus.
  • 1 - 2 sudu teh parutan kulit lemon. Saya tidak letak jus lemon untuk resepi ini. Hanya dapatkan rasa dan aroma melalui kulit sahaja.
  • 1 sudu teh oregano kering. 1/2 sudu dimasukkan ke dalam adunan manakala baki 1/2 lagi untuk sapu di atas permukaan biskut.


C. Bahan sapuan untuk permukaan atas biskut.

Mentega cair + 1 sudu besar madu + oregano secukupnya.



Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Sediakan buttermilk terlebih dahulu dengan mencampurkan susu dan cuka. Ketepikan.
  2. Gaul semua bahan kering dengan mentega menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti tekstur serbuk roti. Teknik ini kita panggil rubbing-in method. Kemudian, masukkan campuran susu dan cuka yang telah disediakan ke dalam adunan. Gaul lagi sehingga semua bahan tergaul sekata dan membentuk doh.
  3. Ambil sedikit adunan, bulatkan (tidak perlu sehingga betul-betul bulat pun) dan susun di atas dulang pembakar.
  4. Bakar (menggunakan ketuhar pembakar yang telah dipanaskan terlebih dahulu atau air fryer) pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 18 minit sehingga biskut bertukar warna keperangan.
  5. Setelah dikeluarkan, sapukan campuran mentega cair, madu dan oregano pada permukaan biskut. Jika hendak biskut yang kelihatan betul-betul berkilat, masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar dalam 3 - 5 minit. 

Sedia untuk dinikmati bersama secangkir kopi.


Baik, saya hendak habiskan biskut mentega saya dan sambung kerja. Semoga hari kalian menyenangkan! Have a flavourful March! Semoga Mac penuh dan padat dengan rasa sebagaimana berperisanya biskut mentega bawang putih lemon saya.

17 ulasan

  1. Nak...hihihi. Alhamdulillah dah Mac. Semakin dekat puasa. Salam Israk Mikraj.

    BalasPadam
  2. Nampaknya busy akak bulan Mac ni ada banyak kad nak disiapkan. Rajin pagi pagi membiskut. Sedap digandingkan dengan kopi secawan.

    BalasPadam
  3. rajinnyer buat biskut.. 😅😅

    BalasPadam
  4. Rajin betul kak Farah buat biskut..
    Makan pula panas-panas bersama secawan kopi..

    BalasPadam
  5. Sedapnya biskut, buat minum petang dengan secawan teh panas kurang manis...aduhai!

    BalasPadam
  6. Sekejap je dah bulan Mac.. Banyak lagi tugasan di pejabat yang perlu dibuat yang belum dicapai.

    BalasPadam
  7. semangatnya pagi-pagi kak Farrah baking cookies. saya pagi tadi ada interview. hehe. semoga bulan Mac ni baik-baik aje

    BalasPadam
  8. seronoknya tengok orang rajin baking..
    ammi nak baking juga tapi bila fikirkan nak keluarkan barang2 yg di'park' dalam oven tu alahaiiii malas pulak.

    BalasPadam
  9. Selamat buat kad.
    Semangat sekali buat biskut sendiri.

    BalasPadam
  10. Dapat bayangkan nikmatnya makan biskut panas2 & kopi :)
    Have wonderful days ahead Farrah...

    BalasPadam
  11. saya suka betul biskut honey butter texas ni.. nanti la try!

    BalasPadam
  12. Sekali pandang seakan biskut Teaxas chicken, tapi savoury, pandainya olah, sedap ada lemon. Aameen atas doa, sama-sama buat Farrah moga dilindungi Allah swt sentiasa.

    BalasPadam
  13. Sedapnya.. boleh tambah cheese tak? :P Nak intrend sangat la kononnnya saya ni kan

    BalasPadam
  14. sedap nmpk biskut tu...bole la cuba nanti

    BalasPadam
  15. bestnya..fresh from the oven..savoury biscuits..

    BalasPadam
  16. lenguh tangan saya pegang piring ni... mana makanannya? hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.