Lama tiada di rumah, banyak juga surat dan bungkusan saya terpaksa menginap di rumah jiran. Bagi rider, adik kurier dan adik PosLaju yang sudah biasa dengan saya, mereka memang akan tinggalkan barang di dalam kotak khas di porch rumah. Selebihnya, jiran saya yang tolong ambilkan. Kami tinggal di lot yang sama. Jadi, surat dan parcel kami pusing-pusing antara rumah je. Kalau rider ketuk rumah jiran untuk hantar parcel saya, jiran saya ambilkan terus. Begitulah sebaliknya.
Kelmarin, selesai kemas-kemas barang, saya pergi tuntut parcel-parcel saya. Sebelum balik tu, jiran beri dua pek kopi. Oleh-oleh dari kampung katanya.
Kopi-O Kluang Coffee |
Beras Pulut Cap Angsa Emas, Keropok Ikan Tamban dan Asam Manis
Asam manis ni kira jajan legend 😊 |
Alhamdulillah, rezeki dapat beras pulut, keropok dan asam manis. Beras pulut dan keropok masuk stok pantri. Asam manis makan dengan budak-budak tuisyen.
Syukur sangat kami berdua dapat merasa macam-macam tumpang rezeki jiran-jiran balik kampung. Itu sebab orang kata, dapat jiran yang baik dan thoughtful ni pun dikira rezeki juga, kan?
Repair Ibu Jari
Maaf tau andai masih belum sampai ke blog kalian membuat kunjungan. Pakai enjin kereta api arang sebab ‘senjata’ utama nak blogwalking kena berehat. 😂
Recuperating. Ibu jari bak lengkuas tu kena rehat 😊 |
Insya-Allah, jumpa lagi nanti.
syafakillah, get well soon....Alhamdulillah, rezeki..dapat byk ole-ole..
BalasPadamAamiin, terima kasih atas doanya, sis! Alhamdulillah, hilang sakit sebab dapat banyak oleh-oleh hehehe
PadamAlhamdulillah rezeki dikurniakan jiran yang baik hati.
BalasPadamSyafakallah buat famf didoakan kesembuhan yang tidak sakit selepasnya
Aamin... aamiin YRA. Terima kasih banyak-banyak atas doanya, Mrs. A
PadamAllahu..dah kenapa jari tu? kena insuranskan kak Farrah, aset tu sebab jari berseni. apa pun, semoga cepat sembuh. banyaknya oleh-oleh dia. kopi kampung memang sedap kan
BalasPadamHahaha ini kalau insuranskan pun tak leh claim. Kecuaian sendiri, Sal. Menanggunglah. Yesss, kopi kampung memang marbeles!
Padamsemoga ibu jari bak lengkuas tu cepat pulih dari kecederaan...
BalasPadamstok serbuk kopi cap gantang ammi pun dah habis...setakat ni itulah kopi kampung paling mantopppp dia tekak kami suami isteri
Terima kasih banyak-banyak, Ammi.
PadamSaya pun sama! Kalau kopi kampung, Kopi Cap Gantang memang pilihan kegemaran saya :)
kopi kampung memang kawww... :)
BalasPadamAlhamdulillah . Rezeki
BalasPadamAllah.. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye Kak Farah..
BalasPadamKopi kluang tu sedap..
Allah.. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye Kak Farah..
BalasPadamKopi kluang tu sedap..