Selasa, Ogos 02, 2022

Oleh-oleh dari Kampung Jiran

Lama tiada di rumah, banyak juga surat dan bungkusan saya terpaksa menginap di rumah jiran. Bagi rider, adik kurier dan adik PosLaju yang sudah biasa dengan saya, mereka memang akan tinggalkan barang di dalam kotak khas di porch rumah. Selebihnya, jiran saya yang tolong ambilkan. Kami tinggal di lot yang sama. Jadi, surat dan parcel kami pusing-pusing antara rumah je. Kalau rider ketuk rumah jiran untuk hantar parcel saya, jiran saya ambilkan terus. Begitulah sebaliknya.

Kelmarin, selesai kemas-kemas barang, saya pergi tuntut parcel-parcel saya. Sebelum balik tu, jiran beri dua pek kopi. Oleh-oleh dari kampung katanya.

Kopi-O Kluang Coffee

Punyalah gembira dapat kopi! Si Bott yang paling happy. Dia baru je cakap, teringin nak minum kopi kampung. Di rumah ni, dah lama tak beli serbuk kopi campuran. Ada biji kopi dan serbuk kopi segera (freeze dried instant coffee powder) untuk mesin kopi je. Jadi, sesekali tu teringin juga nak pekena keenakan kopi kampung yang dibakar dengan campuran mentega atau marjerin dan gula. Fuhh! Tulis entri ni pun dah terbayang-bayang aroma dan kepekatan kopi kampung. 😂

Dan dan tu kami pergi bancuh kopi lawan dengan biskut gula. Nikmatnya! Kopi ni jenis yang dalam uncang tu. Satu uncang untuk satu cawan. Comel pula uncang kopi dibungkus di dalam pek mini sebegini. Satu pek ada 10 uncang. Pembungkusannya jenis resealable pula tu. Sesuai beli pek-pek mini macam ini untuk beri pada orang, kan? Good idea!


Beras Pulut Cap Angsa Emas, Keropok Ikan Tamban dan Asam Manis

Oleh-oleh di bawah ini pula daripada jiran sekampung juga, Kira pangkat saudara jugalah, bau-bau bacang. Anaknya datang tuisyen sebelah malam bawa satu plastik oleh-oleh. Jajan dari kampung.😊

Asam manis ni kira jajan legend 😊

Alhamdulillah, rezeki dapat beras pulut, keropok dan asam manis. Beras pulut dan keropok masuk stok pantri. Asam manis makan dengan budak-budak tuisyen. 

Syukur sangat kami berdua dapat merasa macam-macam tumpang rezeki jiran-jiran balik kampung. Itu sebab orang kata, dapat jiran yang baik dan thoughtful ni pun dikira rezeki juga, kan?


Repair Ibu Jari

Maaf tau andai masih belum sampai ke blog kalian membuat kunjungan. Pakai enjin kereta api arang sebab ‘senjata’ utama nak blogwalking kena berehat. 😂

Recuperating. Ibu jari bak lengkuas tu kena rehat 😊


Insya-Allah, jumpa lagi nanti.



12 ulasan:

  1. syafakillah, get well soon....Alhamdulillah, rezeki..dapat byk ole-ole..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, terima kasih atas doanya, sis! Alhamdulillah, hilang sakit sebab dapat banyak oleh-oleh hehehe

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki dikurniakan jiran yang baik hati.
    Syafakallah buat famf didoakan kesembuhan yang tidak sakit selepasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin... aamiin YRA. Terima kasih banyak-banyak atas doanya, Mrs. A

      Padam
  3. Allahu..dah kenapa jari tu? kena insuranskan kak Farrah, aset tu sebab jari berseni. apa pun, semoga cepat sembuh. banyaknya oleh-oleh dia. kopi kampung memang sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ini kalau insuranskan pun tak leh claim. Kecuaian sendiri, Sal. Menanggunglah. Yesss, kopi kampung memang marbeles!

      Padam
  4. semoga ibu jari bak lengkuas tu cepat pulih dari kecederaan...

    stok serbuk kopi cap gantang ammi pun dah habis...setakat ni itulah kopi kampung paling mantopppp dia tekak kami suami isteri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Ammi.
      Saya pun sama! Kalau kopi kampung, Kopi Cap Gantang memang pilihan kegemaran saya :)

      Padam
  5. Allah.. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye Kak Farah..
    Kopi kluang tu sedap..

    BalasPadam
  6. Allah.. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye Kak Farah..
    Kopi kluang tu sedap..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.