Assalamualaikum. Selamat pagi! Dah sarapan ke belum tu?
Ini juadah minum petang saya semalam. Cucur jagung ikan bilis. Pada asalnya saya mahu buat kuih udang. Tetapi, udang masih di pasar hahaha. Makanya, saya sediakan cucur jagung dan ikan bilis. Cucur jagung ni kalau kandungan jagung lagi banyak lagi sedap. Kemudian, ikan bilis tu kita tumbuk sedikit supaya adunan cucur lebih berasa.
Cucur jagung ikan bilis is done! |
Resepi Cucur Jagung dan Ikan Bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 tongkol jagung manis (diambil isinya)
- 1/2 cawan ikan bilis (tumbuk kasar, jangan sampai lumat)
- 1 biji telur
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 tangkai daun bawang (dipotong)
- Sedikit garam. Jangan letak terlalu banyak kerana kita sudah peroleh rasa masin dari ikan bilis.
- Secubit serbuk kunyit
- 2 – 2 1/2 cawan air
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung, isi jagung dan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar ke dalam mangkuk besar.
- Kemudian, masukkan hirisan bawang besar, cili benggala, daun bawang, serbuk kunyit, telur dan garam secukup rasa.
- Tuang air sedikit demi sedikit hingga dapat kepekatan bater yang sesuai. Gaul semua bahan biar sebati. Elak masukkan banyak air sekali gus. Bimbang nanti bancuhan tepung tercair pula. Bater perlu sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair.
- Panaskan kuali dan minyak masak. Sudukan bater ke dalam kuali. Goreng sehingga warnanya bertukar keperangan. Balik-balikkan cucur semasa proses menggoreng supaya hasil gorengan cantik sekata. Angkat dan tuskan lebihan minyak.
- Hidangkan bersama sos cili atau sos pencecah pilihan masing-masing. Kali ini saya nikmati cucur saya dengan Sos Cili Thai Lingam's.
Makan panas-panas time petang dah tu hujan pulak memang layan
BalasPadamBetul tu, Mrs. A. Memang layan!
PadamIni makanan kegemaran sy, kalau boleh tumpang sekaki, syok ni.
BalasPadamKita geng, sis! Sep sikit! 😊
Padamdapnye cucur, lama x buat
BalasPadamJom mencucur, Ayu! Lawan ngan kopi :)
Padamtengok posting ni terbayang-bayang pulak muka anak bongsu yang kat sekolah. dia kalau dapat cucur jagung...panas2 pun sanggup pegang dan gigit. faveret sungguh
BalasPadamBoleh geng dengan anakanda ammi ni. Geng cucur panas hahaha
Padamsedappnya
BalasPadamptg2 ujan ni
Memang layan, Cik Nur.
PadamJarang makan cucur jagung. Biasa makan cucur bilis, cucur bawang atau cucur pisang je.
BalasPadamNanti kalau orang rumah Fairus buat cucur bilis, boleh cuba masukkan jagung sekali. Cubalah. Sedap!
PadamSetuju tu, letak jagung lebih jadi lebih sedap. Tambah lagi kerangupan dia tu kan. Cuaca kelam ni gambar pun turut mendung. Sedang mengalaminya. Ada kerajinan baru edit sikit.
BalasPadamRangup tu yang buat makan berulang-ulang, kan?
PadamFakta - akak tak serajin dan sekreatif Fiza. Makanya, gambar sehambar-hambarnya hahahah
cicah dgn sos thai yummmyyyy
BalasPadamcucur jagung rangup mkn panas-panasss syahdunyaaaaaa! ehehe
BalasPadam