Alhamdulillah, rezeki dapat makan pencuci mulut mewah dan sedap - peach tatin. Angin tak berapa baik ni sebenarnya. Tidak sangka pula dapat sesuatu yang manis untuk pujuk hati.
Peach Tarte Tartin |
Peach Tartin
Peach Melba
Menikmati peach tatin turut mengingatkan saya pada peach melba, sejenis hidangan pencuci mulut dari Perancis. Peach melba ialah hirisan buah pic yang disajikan dengan aiskrim vanila dan limpahan sos rasberi. Ini pun sedap juga sebab gabungan rasa pic, rasberi dan aiskrim vanila memang kena.
Di rumah, kalau tiba-tiba teringin peach melba, saya beli je buah pic dalam tin yang siap belah separuh tu, beli aiskrim vanila kemudian beli jem rasberi jenama St. Daflour. Yummehhh!
Berbalik kepada peach tatin saya, bahagian yang paling saya suka ialah almond brittles (kepingan yang apit aiskrim tu) sebab rangup krup krap krup krap sedap dikunyah. Next, I enjoyed the honeycomb ice-cream too. Ini kali pertama saya makan aiskrim perasa sarang lebah madu. Lembut dan manis-manis manja terjah tunas rasa.
Suka peach. Tapi tak pernah makan pulak peach tartin ni..
BalasPadamOuch . Sejenis dessert rupanya
BalasPadamSuka sangat.. Selalu ada stok buah pic dalam tin di rumah.. Sejukkan dan makan.. Pergh!!
BalasPadamsy makan semuaaaaaa pencuci mulut yg ada buah-buahan kecuali pencuci mulut yg letak petai hehehehheheh
BalasPadamsedapnya peach tatin ni... kenapa laa tak ada jual kat kafe2....