Clear Stamps Baharu untuk Kraf

Jumaat, Mac 03, 2023

Assalamualaikum. Hari ini entri mengenai material dan peralatan kraf baharu saya. Saya telah beli beberapa set clear stamps sebagai ganjaran buat diri. Pada mulanya, niat mahu beli dua atau tiga set sahaja. Konon tak nak membazir. Pek clear stamps yang saya beli dulu-dulu pun masih ada yang saya belum cuba/guna lagi. 😅

Dalam pada memilih rekaan stamps yang ada, berkenan itu… berkenan ini… akhirnya ter-beli enam! 🤣

Inilah koleksi terbaharu clear stamps milik saya.

Lepas ni makin seronok buat stamping.

  • 2 pek set gadis/wanita. 
Sengaja beli untuk hias-hias journal. Sekarang ni kan trend orang buat journal spread mesti kena letak sticker gambar perempuan (atau lelaki). 

Saya kurang gemar ke arah itu. Walau bagaimanapun, saya tetap berminat beli clear stamps ini sebab saya boleh warnakan sendiri baju-bajunya agar bersesuaian dengan tema projek saya. Selain itu, boleh buat imej latar belakang untuk kad, jurnal atau planner. Kalau nak buat sticker, saya cap sahaja imej-imej gadis berkenaan di atas kertas sticker 🤗.


  • 1 pek background stamp bertemakan bunga. Ini memang saya suka sangat. Bunga poppy. Latarnya pula ala-ala vintage
  • 1 pek planner set. Sesuai untuk planner dan jurnal sebab ada cap kalendar, chronodex dan 21-Day Challenge.
  • 1 pek pocket watches stamps dan
  • 1 pek stamps buku. Kedua-dua ini untuk projek junk journal saya.

Stamps set sebegini boleh dibeli sama ada di Lazada atau di Shopee. Saya lebih gemar beli daripada penjual di China. Harga jauh lebih murah. Tempoh menunggu pun tak adalah lama sangat. Satu set stamps julat harganya antara RM2.50 - RM6.50 (bergantung pada jenis dan saiz stamp). Kalau lebih tu dah kira mahal untuk barang yang dibeli dari sana. 

Andai beli melalui penjual tempatan, harganya naik dua kali ganda. Yalah, mereka nak tampung kos itu ini… Jadi, terserah pilihan. Nak cepat ke nak lambat… nak murah ke nak mahal.

Nanti ada rezeki saya kongsi hasil kerja menggunakan stamps di atas pula.


Psstt! Tengah panas enjin untuk blogwalking. Insya-Allah, perlahan-lahan saya akan berkunjung ke blog kalian ya.

3 ulasan

  1. wahhh banyak tuuuu nak bawa ke mana?😁

    BalasPadam
  2. Cantik2 la .. Ya betul tue . Kdg kalau brg tue x urgent nk pakai boleh godek2 hrga yg murah kan ..

    BalasPadam
  3. Cantik cantik semua.. Makin berserilah jurnal akak lepas nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.