Terima Kasih Daun Keladi, Anies

Rabu, Mac 22, 2023

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Ini entri penghargaan tertunggak khusus buat seorang rakan blogger yang peramah dan pemurah. Siapa lagi kalau bukan Anies, mem besar blog Anies and You. Haa... mesti kalian semua kenal, kan? Kalau belum kenal, pergi follow Anies cepat-cepat!

Saya terima kiriman hadiah penghargaan daripada Anies. Sudah lama sebenarnya. Dari hujung bulan satu atau awal Februari, jika tidak silap. Tetapi, memandangkan saya lama tiada di rumah, lambatlah saya pergi 'tuntut' hadiah di peti surat. Seperti biasa, kiriman hadiah Anies memang meriah. Lihatlah apa yang saya dapat!


Semua comel!

Sebuah buku nota comel bertemakan ikan duyung, correction tape, fridge magnet Mesir (oleh-oleh percutian Anies) dan sebuah kalendar 2023. Masa buka hadiah ni, saya punyalah gembira sebab ada dua item yang Anies beri memang benar-benar saya perlukan.

Kebetulan beberapa minit sebelum tu, saya tengah hangin sebab tak jumpa correction tape hahahah. Sedang kalut buat kerja, satu correction tape pun tak nampak bayang sedangkan sebelum ini di rumah lama, bersepah-sepah correction tapes saya. Hurm, mungkin masa pindah dulu, saya terbuang semua pita pembetulan yang saya ada. Jadi, apabila nampak correction tape ni, gembiranya macam dapat jongkong emas! Masa tu juga pergi betulkan kerja. 

Selain correction tape, saya teruja dapat kalendar. Saya tiada kalendar meja tahun ni! In fact, satu-satunya kalendar yang saya ada (selain daripada kalendar di dalam planner) ialah kalendar fridge magnet KJ semasa kempen pihan raya yang lalu. 😂 Tahun-tahun sebelum ni merasalah dapat kalendar percuma waktu pergi beli-belah, pusat zakat pun ada hantar.... 2023 tak ada rezeki.


Penyeri meja kraf saya 😊


Terima kasih banyak-banyak ya, Anies. Besar ertinya kiriman Anies buat saya. Saya doakan Anies sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki berlipat kali ganda yang tidak akan pernah putus dan dilancarkan setiap urusan dunia akhirat oleh Allah. 

Sewaktu entri ini ditulis, ada satu lagi parcel kiriman Anies di dalam peti surat. Saya belum ambil. Belakangan ini, saya balik rumah dalam keadaan penat, bateri badan kategori nyawa-nyawa ikan. Jadi, dari tempat parkir tu, terus bergegas masuk rumah. Tak fikir benda lain dah. Nanti kejap lagi saya turun lobi saya ambil ya. Terima kasih banyak-banyak sebab rajin hubungi saya dan maklumkan tentang parcel yang dikirim. I lap you lah! Mmuahhhhhh!

Anies antara teman blogger yang sudah lama saya kenal, tetapi belum ada kesempatan untuk bertemu empat mata. Emak angkat kesayangan si Yuri ni 😁 

Insya-Allah, ada rezeki nanti kita jumpa. Saya belanja kopi-kopi dengan donut besar gabak di Kubu Gajah tu. Tak pun apabila musim durian nanti, kita pergi durian hunt kat Paya Jaras atau Saujana Utama. 

Terima kasih daun keladi, Anies!


8 ulasan

  1. semoga murah rezeki anies.. comel2 pemberian tu

    BalasPadam
  2. wahhhh comelnya kalendar tu. semoga ukhuwah semakin erat

    BalasPadam
  3. Tahniah dapat kiriman dari Anies.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah . Comel2 semua hadiah pemberian blogger anies .

    BalasPadam
  5. alhamdulillah mudah mudahan pemberian x seberapa ni dpt beri manfaat

    sama sama✌️😉

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.