Gym, Kopi Butterscotch dan Junk Journal

Khamis, Julai 11, 2024

Assalamualaikum. Selamat hari Khamis!

Hari ini seawal pagi saya dah bersiap. Hendak turun ke gymnasium, nak exercise keluarkan peluh. Punyalah semangat!

Malangnya, semangat mula memudar sebaik sahaja keluar pintu rumah. Angin sejuk yang bertiup buat saya pertimbangkan semula niat saya. 

Kena kuat semangat… kena kuat semangat… saya gerak turun ke tingkat facilities. Lalu kawasan kolam, angin makin kuat. Berjeda sebentar di sana ambil mood. Cuci mata tengok pokok-pokok di kawasan sekeliling. 

Sampai depan pintu gym, belum sempat saya tap pass card, tahu-tahu saya pesong arah, tekan butang lif untuk turun ke kedai-kedai. 😂

Sejuk sangat! Saya perlukan kopi!

Kopi Butterscotch

Plan asal beli kopi selepas workout bertukar kepada ‘beli kopi tak jadi workout’.

Butterscotch coffee

Kopi butterscotch. Pilihan kopi saya pagi ini dipengaruhi keadaan cuaca. Suasana yang dingin dan berangin buat saya teringin something aromatic, sweet and creamy. 

Gym? Tak apa. Esok kita cuba lagi! Hari ni kira okeylah, dah pasang niat dan bersiap. Berpeluh je tak. 😂

Biar Sampai Esok Cemburu

Selepas bersarapan, luang masa buat journal page sebentar.

Another spread on my junk journal.

Sedikit mesej kasih sayang buat kalian,

Be awesome today!
Make today so awesome, yesterday gets jealous! 😎


Selamat menikmati hari!

12 ulasan

  1. Esok cuba lagi hihi ...
    Cantiklah pemegang kopi tu, Farrah DIY ke? Very useful to have one 👍

    BalasPadam
  2. Make today so awesome yeahhh~ hehehe

    BalasPadam
  3. air dulu...baru fikir workout...hihihi

    BalasPadam
  4. "niat itu penting. buat atau tak cerita.lain," kata yuri dalam hati🤣

    BalasPadam
  5. Hahahahahah, langsung belok arah ya kak 🤣🤣🤣.. tapi tak apa... Kalo gym tak mood, tak menjadi juga nanti gerakan2nya 😄🤭.

    Btw, saya kalo nak nilai seseorang itu punya jiwa kreatif atau tak, lihatlah jurnalnya. 😄👍. Kalo cantik dan berseni dihias, dah pasti orang itu berjiwa seni ❤️

    BalasPadam
  6. ngeh ngeh ngeh...biasa sangat jadi kat ammi. bila briskwalk kat lake garden seremban tu mula-mula pasang niat kita nak buat 3 round. Sekali dah habis seround, lajak sikit terus masuk mall depan lake garden. huhu

    BalasPadam
  7. Tak pe kak.. niat dah ada.. yang penting niat tu.. kikiki..
    lama tak minum kopi butterscotch.. terasa rasa di lidah.. kikiki..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.