Kasut Lampu Rumah Api | Mengandung Lagi

Rabu, Oktober 09, 2024

Assalamu’alaikum. Selamat Pagi Rabu.

Jumaat lepas, semasa siram pokok dan kemas-kemas balkoni, saya perasan pokok monstera saya mengandung lagi! Gembira betul saya tengok daunnya sudah bertambah.


Tunggu masa daunnya untuk terbuka 😊

Hari ini, daun dah mula terbuka dan mengembang. 

Daun monstera baharu 😊

Masih muda lagi warna daunnya. Nanti lama-lama akan memekat sama macam daun yang lain. Lepas ni saya kena lap sikit habuk pada daun-daun tu bagi kilat sikit.


Kasut Lampu Rumah Api 😊

Saya perlukan kasut sukan baharu. Cerita kat Cekengah, kasut workout dah worn-out. Cekengah kata tak perlu beli. Dia ada beberapa pasang kasut sukan belum pakai yang sesuai dengan saiz saya.

Seperti minyak wangi, kasut pun antara benda yang biasa saya warisi daripada adik saya ni. Apa yang tidak kena dan sesuai untuknya, akan padan dengan saya. 

Lagi-lagi kalau dia beli kasut secara online, memang seolah-olah dah ada nama saya tertulis pada kasut tu. Yalah,  walaupun saiz sama, kadang-kadang potongan kasut agak berbeza ikut rekaan dan keluaran. Makanya, Along punya! 😂

Semasa Cekengah bawa kotak kasut, saya tidak kisah pun untuk keluarkan dari kotak. 

Nak turun pergi gym barulah dibuka kotak kasut tu. Terkejut acik!




Hemsem tak kasut ni? 😂

Oren! Terangnya warna! Bila call Cekengah, dia gelak-gelak cakap kasut tu sesuai untuk saya supaya saya tak hilang dan senang dicari. Kasut ni siap ada bluetooth. Ala ala alaaaa… saya nak turun jalan-jalan manja kat gym je.. bukan nak pergi lari turun naik bukit pun. 😂


Pernah tengok tak lampu terang yang dekat rumah api? Saya rasa kasut saya ni dah boleh jadi lampu rumah api. Memancar-mancar!


Kasut lampu rumah api saya 😂

Okey, dah ada kasut yang sesuai dan selesa dipakai, marilah beraktiviti mengeluarkan peluh. Gerak dulu!



4 ulasan

  1. ingat kan siapa yg mengandung tadi, pokok rupanya.. ha ha ha...
    and kasut rumah api..ada2 je tau.. btw, nice color oren tu .. bila org beli ok je kan kalau beli sendiri..mcm..emmmm....alhamdulillah, dpt kasut kann

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul, Ayu. Sebab dapat free, kalau kasut tu keluar lampu lip lap atau ada ekzos pun saya OK 😆 Alhamdulillah, kasut tak payah beli…

      Padam
  2. Subhanallah cantiknya daun monstera tu...
    Wow so orange haha... Lampunya macam kasut budak² tu ke LZ? Excited pulak hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, PH. Memang shade orange paling terang tak leh bawa bincang. 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.