Bib untuk Si Coffee Si Chai

Selasa, Julai 29, 2025

Ingat lagi tak sebelum ini saya kongsi cerita tentang set hadiah book sleeve, cup carrier dan rantai kunci bertemakan Star Wars? Boleh baca mengenainya di sini

Memandangkan ada banyak kain lebih, Bott buat 2 helai bib. Ini bib bukan sebarang bib tau…bib ada ropol-ropol, tali tu panjang siap boleh simpul reben. 🤣


Bib Star Wars


Bib untuk orang kucing jauh. Satu bib untuk Coffee, satu lagi untuk Chai. Coffee dan Chai?


Haaa, saya perkenalkan dua ekor kucing gebok milik Uje dan Dhila - Coffee si Scottish Short Hair dan Chai si kucing Parsi. Kewarganegaraan Dubai. 



Sedondon pakai baju raya haji. 😊

Parti Hari Lahir bertemakan Star Wars? Lihat di sini.

Adik bongsu saya memang fan Star Wars. Jadi, kita berilah kucing dua ekor kacak bergaya ni pakai bib Star Wars. Bib kelabu untuk Coffee, bib krim untuk Chai. Matching dengan warna kulit hahahah. 

Tapi, tak pastilah kalau Chai pakai bib tu nampak ke tidak sebab Chai kucing berbulu panjang. Itu kena tunggu bib sampai pada budak dua ekor ni dahulu. 

Tak kisahlah. Janji comel!


10 ulasan

  1. sekor gebus sekor kembangs elokkk sgt laa tu buat kite ketap bibirrrrr

    BalasPadam
  2. hehehe.. mesti comel je pakai bib nanti.. ^^

    BalasPadam
  3. amboi...comel ada baju raya...ada bib

    BalasPadam
  4. Ya ampunnn...kenapa comel sangat. Herlok ye mereka bergambar raya. Geram je, rasa nak gomol je dorang.

    BalasPadam
  5. Aiiih biar tak berantakan mengotori bulu dada lah ya dipakai kan bib 🤣. Comeeel sangaat lah nih pasti 😄

    BalasPadam
  6. ingatkan cawat utk kucing hahaha. mesti comel kalau diorang pakai

    BalasPadam
  7. Ini kalau anak tgk dia pun nak.. hahaha. Comel dua2 ekor

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.