I Am Robyn

Rabu, Julai 16, 2025

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Dah masuk tengah bulan tujuh baru dapat jengah blog. Banyak benda yang saya nak cerita dan kongsi dengan kalian, tetapi itulah… kekangan masa membataskan.

Perkenalkan, ini anak angkat kedua saya - Robyn. 😊
Robyn Cruzee
Anak kucing baharu Cekengah. Dah berbulan-bulan Cekengah hendak carikan kawan untuk si Rhea. Dia kasihan, Rhea sunyi tak ada kawan. Waktu dalam jagaan saya pun sama juga sunyinya sebab Yuri dah tak ada untuk Rhea kacau,

Akhirnya, setelah meneliti banyak calon dari hari ke hari, Cekengah bawa pulang si kecil. 

Memang kecil lagi pun… baru tiga bulan. Mata je besar 😂 Baka British Short Hair kacuk. Tak nampak pun mana BSH-nya hahaha! Berat baru 1.2kg.

Dah hampir tiga minggu Robyn jadi adik Rhea. Gembiralah si semlohai  ada teman untuk dibuli.

Rhea dah jadi kak long kawasan.


Baru-baru ini, Cekengah kena kerja luar. Dua ekor anak bulus ini di bawah jagaan saya. Semput juga nak handle ragam sekor-sekor. Awal-awal memang Rhea hangin je dengan objek comel lincah yang buat dia annoyed. Lama-lama dia berjaya jadi ‘kakak’ yang baik. Sweet sangat! 


Lepak sama-sama…
Kakak dan adik hanging out.

Waktu ni dua-dua tengah selesema. Sopan je berehat dalam rumah kucing.


Main pun sama-sama. Tapi, yang di bawah ni, tak tahulah game apa… diorang dok pandang je bola kecil tu lama-lama.



Aktiviti tenung bola pada malam hari 😊


Moga dua-dua ekor ni terus membesar dengan sihat. Okey, itu sahaja untuk kali ini. Selamat berkenalan dengan Robyn!

9 ulasan

  1. Waalaikumussalam.
    Hi Robyn...sihat selalu ya bulus yang manis.

    BalasPadam
  2. Heyyo Robyn. Comelnya awak! Duduk dekat berdua dah macam adik beradik. Kak long kawasan dah ada geng.

    BalasPadam
  3. wahhhh boleh jadi Robyn Hood ni hihihi

    BalasPadam
  4. Comel robyn ..tapi CCL geram tengok bulu rhea tu gebu gebasss

    BalasPadam
  5. Hahahahahahahah memanglah semlohai 1 nih selaluuuuu buat aunty gemaaaas 😍🤣. Dah dapat adek baru sekarang 🤭😉😉. Dah jadi kakak, pintar2 jaga adik yaa. Jangan diajarkan yg nakal2 😄

    Belikan mereka bola yg bisa lari2 sendiri kak. Ntah2 langsung semangat mengejar 😄. Kucing saya sukaa sangat . Dipikirnya benda hidup

    BalasPadam
  6. nampak dah lagak seekor kakak kawasan... cuma tak jelas langsinya tu hahahahahahahahahhahaahha

    BalasPadam
  7. comelnya adikkk! badan kecik, mata besau
    ni satlagi dah besar, mesti muka dia jadi bulat. british short hair ni memang cepat gemuk

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.