Memaparkan catatan dengan label Tutorial Kraf Kertas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Kraf Kertas. Papar semua catatan

Tutorial Kraf - Cara Buat Sampul Surat Mini daripada Bentuk Hati

Selasa, Mei 13, 2014

Sampul surat kecil daripada bentuk 'love' ni sangat mudah dibuat. Saiz sampul surat bergantung kepada besar atau kecilnya bentuk 'love' yang kita potong. Apa yang penting, potongan 'love' tu biar simetri. Jangan pula buat sebelah lengkung besar dan sebelah lagi lengkung kecil :)



Nak buat apa sampul kecil comel sebegini? Hehehe cuba lihat di sini.

Selamat Hari Wesak! Selamat Bercuti! Cuti-cuti begini saya lebih selesa menghabiskan masa di bilik kraf saya :) Nak pergi jalan-jalan takut penat hihihi. Oh, hari ini saya nak tunjuk 'mini envelopes', sampul surat mini yang kecil & comel,...sesuai untuk kita jadikan hiasan (embellishment) pada kad ucapan atau projek kraf yang lain.

Comel kan?!
Di bawah ini pula, contoh penggunaan 'mini envelopes' pada kad ucapan sempena Hari Ibu yang saya hasilkan baru-baru ini.

'There is no doubt,..I just love you!'


Tutorial Kraf Kertas: Cara untuk Buat 'Accordian Folded Flower'.

Sabtu, Mei 10, 2014

Berikut, ditunjukkan langkah demi langkah cara mudah untuk membuat accordian folded  flower.




Potong kertas secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki. Jika mahu buat bunga yang besar, kita akan perlukan 2 jalur kertas.

Gunakan 'paper scorer' untuk buat kesan lipatan. Jarakkan sekurang-kurangnya 0.5cm. Lipat jalur kertas secara berselang-seli mengikut kesan 'scoring' yang dibuat.

Cantumkan jalur kertas supaya membentuk bulatan dengan corak kertas (corak yang hendak dijadikan bunga) di bahagian luar.

Perlahan-lahan tekan bahagian atas kertas sehingga kertas meleper dan membentuk bunga. 

Tampal bahagian belakang bunga dengan secebis kertas keras yang telah diletakkan dengan hot glue supaya bentuk bunga kekal. Boleh juga menggunakan 'mount tape'/ 'dimentional tape'.

Hiaskan bahagian tengah bunga dengan butang atau embellishment lain.

Gunakan untuk menghias scrapbook, kad atau papan notis. Selamat mencuba!


'Accordian Folded Flower' untuk Kraf

'Accordian folded flowers' adalah antara hiasan/embellishment yang biasa digunakan dalam kraf kertas. Ini contoh 'accordian folded flowers' yang telah saya buat. Bukan sahaja senang untuk dihasilkan, malah cantik diletakkan pada kad atau 'scrap page'.


Kita boleh buat sendiri bunga ni agar bersesuaian dengan tema & warna projek kraf kita. Gunakan butang, reben atau apa sahaja yang menarik (tapi kena pastikan boleh melekat atas permukaan bunga kita) untuk hasilkan 'accordion folded flower' mengikut kreativiti sendiri.

Ingin tahu bagaimana nak buat bunga ini? Ikut tutorial bergambar ini.


Tutorial Cara Buat Photo Fridge Magnet (1)

Selasa, Mei 06, 2014

Ingat lagi pada entri terdahulu saya mengenai 'photo fridge magnet'? Ok. Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

  • Magnet Sheet
Magnet sheet yang selalu saya beli bersaiz A4. Jadi banyak juga 'fridge magnet' yang boleh kita hasilkan. Boleh dapatkan di kedai menjual barang kraf atau DAISO.


  • Gambar Pilihan
  • Art Gum atau Spray Mount (Saya gunakan Art Gum Faber-Castell kerana sisa gam ini mudah dibersihkan dan tidak akan mencacatkan projek kraf kita).
Saya sangat suka guna gam ini.
 
  • Paper cutter/trimmer/gunting tajam

Langkah-langkah:
  1. Pastikan gambar yang dipilih dicetak menggunakan kertas yang tahan lama dan tidak mudah rosak andai terkena air. Jika tidak, lekatkan clear packing tape (yang orang selalu guna untuk seal kotak tu)  pada permukaan gambar. Dalam erti kata lain, kita seolah-olah laminate gambar tu supaya kalis air.
  2. Potong magnet sheet mengikut saiz gambar. 
    Saya sengaja lebihkan sedikit potongan magnet sheet di atas sebab nak buat frame hitam untuk gambar.

  3. Lekatkan gambar pada magnet sheet menggunakan art glue/spray mount. Biarkan kering buat seketika. Pastikan bahagian tepi gambar dan magnet melekat dengan baik.
  4. Tindan dengan buku tebal selama beberapa jam supaya permukaan magnet yang kita hasilkan betul-betul leper dan rata.
Inilah hasilnya!


Senang, bukan? Selamat Mencuba!



Tutorial Cara Membuat Origami Tali Leher

Isnin, Mei 05, 2014

Ada yang bertanyakan kepada saya cara untuk membuat origami tali leher yang saya gunakan untuk membuat kad Hari Guru untuk sambutan Hari Guru yang bakal menjelang. Saya kongsikan tutorialnya di sini. Bagi yang mengalami kesukaran untuk ikut langkah-langkah di bawah, boleh cuba cari video di youtube. Seingat saya, ada banyak pilihan video demonstrasi membuatnya.
Credits

Bagi dapatkan hasil lipatan yang cantik, seeloknya jangan guna kertas yang tebal sangat. Guna kertas nipis yang ketebalan kertasnya lebih kurang seperti kertas khusus untuk buat origami. Tetapi, andai kalian guna kertas yang agak tebal, gunakan bone folder supaya kesan lipatan jadi lebih kemas, tidak renyuk.

Selamat mencuba! Selamat menghasilkan tali leher-tali leher yang comel!

Tips Kraf Kertas - Cara Menjaga Rubber Stamps (Cap Getah)

Rabu, Mac 26, 2014

Bagi anda yang suka buat kad ucapan dan scrapbook, pasti mempunyai koleksi 'rubber stamps' yang cantik-cantik dan menarik, kan? Seperti yang kita sedia maklum, 'rubber stamps' atau cap getah untuk paper-crafts biasanya a bit pricey. Jadi, kena pandai-pandai jagalah supaya tahan lebih lama.

Apa yang saya biasa lakukan setiap kali sesudah menggunakan 'rubber stamp', saya akan lap permukaan getah tersebut dengan 'baby wipes'. Just dapatkan satu pek 'baby wipes' yang 'odourless' di pasaran dan guna untuk bersihkan sisa kesan dakwat pada 'rubber stamp' tersebut. 

Biarkan kering seketika dan kemudian bolehlah disimpan semula.

Wet tissue yang saya gunakan untuk cuci cap getah :)


Harap tips ini bermanfaat.

Buat Tag Hadiah (Gift Tag) Semudah 1, 2, 3

Sabtu, Mac 15, 2014

Hari ini saya nak tunjuk bagaimana untuk buat gift tag@tag hadiah. Kebiasaannya, 'gift tag'/kad bersaiz kecil akan diletakkan pada hadiah pemberian kita kepada seseorang. Tidak kiralah sempena hari keraian istimewa, hari lahir atau tanda ingatan sempena musim perayaan.


Kalian boleh hasilkan sendiri 'gift tag' ini. Sangat mudah dan kos penyediaannya juga murah!

  1. Potong kad atau kertas tebal mengikut ukuran yang kalian kehendaki. Saya biasanya akan gunakan ukuran 11cm X 5.5cm. Kemudian lipat kad kepada dua bahagian supaya ukurannya menjadi 5.5cm X 5.5cm.
  2. Gunakan cap getah kraf (rubber stamp)  yang mempunyai gambar atau kata-kata ucapan menarik (Happy Birthday, Have A Nice Day, Just For You,...apa sajalah) dan cap di atas permukaan atas/hadapan kad.
  3. Hias dengan kemasan lain seperti reben atau 'masking tape'. Siap!

Kad kecil ini boleh dibuat dalam jumlah yang banyak sekaligus sambil isi masa yang terluang. Sesuai juga dilakukan bersama anak-anak. Jadi, kalau nak beri hadiah hari guru atau hadiah hari lahir untuk rakan-rakan, tak perlu susah-susah nak cari 'gift tag' lagi :)

Tutorial Kraf - Cara Guna Corner Punch

Isnin, Februari 24, 2014

Hari ini kita bersiaran dari bilik kraf FAMF TOWER ye. Sebelum ini saya pernah menulis tentang 'Corner Punch' (baca entri berkenaan di sini), jadi hari ini saya hendak tunjukkan cara menggunakan corner punch seperti di dalam gambar di bawah.

Corner punch

Cara 1
Secara asasnya, kita hanya perlu selaraskan bahagian bucu kertas yang kita ingin tebuk supaya kena dengan sudut pada plat putih tersebut. Kemudian, tekan butang bulat putih di atas tu (kena guna kudrat sedikit ya ...) Hasilnya, seperti gambar di bawah.

Cantik tak?

Cara 2

Selain daripada untuk buat kemasan pada bucu kertas, corner punch jenis yang ini boleh juga digunakan sebagai border punch. Maknanya kita boleh hasilkan sebaris pattern yang sama pada bahagian tepi kertas. Hanya perlu tanggalkan plat plastik putih tu. (Sila lihat gambar.)

Setelah plat putih ditanggalkan, kita dah boleh guna untuk tebuk bahagian sisi kertas.

Kemudian, tebuk secara berulang untuk dapatkan corak yang seragam. Lipat atau potong lebihan kertas yang bersisa.

Tak perlu 'border punch' untuk hasilkan pattern ini ;)

Mudah saja kan? Satu craft punch, dwifungsi. Kebiasaannya, harga craft punch ini (bergantung kepada jenama dan kualiti sekitar RM12 - 35 sebiji). Tapi, kalau hendak murah, boleh dapatkan macam yang saya punya ni di DAISO, RM5 sahaja!


Jika ada sebarang pertanyaan mengenai material atau peralatan kraf, tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui email.

Cara Nak Simpul Reben Kecil Guna Garpu

Selasa, Februari 18, 2014

I found this tutorial very useful. Terutama sekali jika saya nak buat bow guna reben organza. Bab simpul-simpul reben ini, kalau yang bersaiz besar, tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, apabila kena buat yang kecil, yang cenonet kiut-miut ... memang TERSEKSA jiwa raga dibuatnya! Lagi-lagi waktu kena buat banyak-banyak misalnya untuk doorgifts. Jenuh jemari gemuk saya nak menyimpul reben. Lima percubaan gagal, baru berjaya ikat satu reben. Gagal dan gagal lagi ... baru dapat ikat satu. Memang boleh tertekan dibuatnya.

Akhirnya, saya jumpa satu penyelesaian mudah. Kita hanya perlukan sebatang garpu besi. Ya, hanya sebatang garpu. Saya tidak sarankan penggunaan garpu plastik sebab bimbang ketika kita nak ketatkan simpulan reben, garpu plastik berkenaan mungkin akan patah. Jadi, sebaiknya gunakan garpu besi. Lebih sturdy.

Cara Simpul Reben Kecil Guna Garpu