Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang Corner Punch untuk aktiviti kraf kertas seperti membuat kad ucapan (card making), hias scrapbook atau hias planner dan jurnal. Fungsi corner punch ini adalah untuk menghasilkan kemasan melengkung pada hujung kertas/kad/projek kraf kita. Alat ini datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Harganya juga berbeza-beza mengikut jenis dan jenama.
Corner punch |
Ini corner punch milik saya. Khusus untuk buat lengkungan yang bersaiz kecil. Saya juga ada satu lagi untuk buat lengkungan yang lebih besar. Saya suka gunakan kedua-duanya untuk buat kad atau buku nota. Adalah kelainan sedikit berbanding bucu tajam bersegi biasa.
Berikut ada beberapa contoh corner punch yang lain. Alat ini turut dikenali dengan nama corner rounder.
Corner punch jenama Fiskars. Tahan lama. Kesan potongan yang cantik dan kemas. Tetapi harga agak pricey.
Berikut ada beberapa contoh corner punch yang lain. Alat ini turut dikenali dengan nama corner rounder.
Corner rounder |
Fungsi tetap sama. Untuk hasilkan lengkungan pada bucu kad atau kertas.
Fiskars corner punch |
Corner punch jenama Fiskars. Tahan lama. Kesan potongan yang cantik dan kemas. Tetapi harga agak pricey.
Bagaimanakah cara menggunakan corner punch?
Di bawah ini saya tunjuk cara penggunaannya. Mudah sahaja. Untuk dapatkan lengkungan yang sempurna, selarikan kertas dengan betul, hujung bucu kertas dimasukkan ke celahan punch dan tekan punch hingga lengkungan terbentuk. Ulang langkah yang sama untuk bahagian bucu lain yang dikehendaki.
Inilah hasilnya. Dengan kemasan sebegini, tinggilah sedikit nilai kad yang dibuat. Nampak macam kad-kad ucapan yang dijual dekat kedai.
Corner punch seperti yang ditunjukkan di atas boleh didapati di kedai menjual barangan kraf & kedai alat tulis dengan harga sekitar RM10 - RM25. Ada juga mencecah sehingga RM80. Harga berbeza bergantung pada saiz, jenis dan kualiti punch tersebut. Kalian boleh juga cuba cari di Lazada atau Shopee. Lebih banyak pilihan, promosi dan tawaran menarik untuk material dan peralatan kraf begini.
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai material atau peralatan kraf, tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui email.
Salam, Boleh tau kat mana nak beli area Lembah Kelang.
BalasPadamSalam, Boleh saya tahu mana u beli punch tu...
BalasPadamWslm, boleh cari di kedai yg jual barang craft. Tapi harganya a bit pricey. Ikut jenis dan saiz. Saya beli di kedai buku POPULAR. Yati duduk area mana?
BalasPadamMr DIY ada kan... teruja nak p cari hihihi
BalasPadam