Cara Mudah untuk Kemas Koleksi Reben

Isnin, Februari 24, 2014

Sekadar berkongsi. Bagi yang suka buat scrapbook, kraf dan kad, mesti ada banyak stok reben kan? Haaa ... ini salah satu cara yang saya rasa paling baik untuk kemas reben-reben yang ada dalam koleksi kita. Kalian hanya perlukan penyangkut baju seperti dalam gambar di bawah dan ... 

Walllllaaaahhhh!!! 
A mess-free collection of ribbons! 

Koleksi reben untuk gifts and goodie bags.


Mudah je, kan? Dahuulu, saya simpan reben-reben di dalam bekas plastik. Setiap kali hendak buat projek kraf, masak jugalah nak memunggah reben gelung demi gelung. Sekarang tidak lagi :) Yang penting, penyangkut baju ni sekarang:
  • Serves as ribbon panels/display - sekali pandang je dah tahu reben apa yang ada dalam stok kita.
  • Senang untuk pilih atau cari reben yang hendak digunakan. Reben-reben boleh digunting terus daripada penyangkut baju tersebut. Less mess.
  • Lebih terurus. Tidak pening kepala, tidak sakit mata memandang reben yang bercampur aduk dan berselirat.


  • *Bagi yang ada banyak koleksi reben, bolehlah susun mengikut tona warna.

Amalan Khusus untuk Si Panas Baran

Ahad, Februari 23, 2014

Tak ada siapa yang suka orang panas baran kan? Haa, bagi yang cepat marah, lekas naik angin, grumpy, grouchy, tetchy dan apa sahaja yang seangkatan dengannya, marilah kita sama-sama amalkan Surah Al-Anbiya, ayat 69 ini. Mudah-mudahan hati kita akan sejuk dan lunak. Insya-Allah, kita akan jadi lebih tenang. Lebih sabar.


Terjemahan ayat:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” 


Resepi Mudah Sambal Minyak Bali

Sambal ni mudah sangat! Bagi yang suka makan pedas-pedas, pasti akan kena dengan selera kalian. Senang sangat nak disediakan sebab kita hanya perlu gaul rata semua bahan. Saya di rumah, apabila teringan hendak makan pedas dan hari itu bukan menu sambal, memang akan buat sambal minyak ni. Buat jentik selera. Bertambah-tambah makan dibuatnya!



Resepi Sambal Minyak Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 15 - 20 tangkai cili padi (potong halus)
  • 1 labu bawang merah (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar minyak kelapa. Guna minyak kelapa baru autentik. Jika tiada, gunakan minyak masak lain seperti minyak canola atau minyak bunga matahari. Tidak disarankan guna minyak zaitun sebab nanti lari pula rasanya.
  • secubit garam

Cara penyediaan:
Gaul rata semua bahan di atas dan perasakan dengan garam. Boleh makan dengan nasi panas bersama lauk-pauk lain atau hidangkan bersama nasi goreng atau bihun goreng.


Boleg juga cuba resepi ini - Sambal Matah Bali. Yang ini memang betul-betul sambal Bali autentik!



Selamat Mencuba!