Vadai untuk Sarapan
Jumaat, Oktober 25, 2019
Vadei. Wadeh. Vadey. Vaday. Vadai. Tidak pasti yang mana satu ejaan yang tepat. Sipi dan selisih huruf je. Janji ada bunyilah kan....Vadai seperti yang tertera dalam gambar di bawah ini dipanggil ulunthu vadai atau ulundu vadai. Kuihnya garing di luar, lembut di dalam dan dibuat daripada kacang dal putih.
Ada satu lagi jenis vadai yang keras sedikit teksturnya berbanding yang ini. Vadai itu diperbuat daripada kacang dal kuning. Saya suka dua-dua tetapi jika tanya preference, saya prefer ulunthu vadai.
Ini antara sarapan kegemaran saya. Saya boleh makan tiga hingga empat biji sekali duduk. Lagi asyik tak ingat dunia apabila dimakan dengan kuah kelapa (chutney). Memang dap dap dap! Vadai ini 'import' dari Taman Tun Dr. Ismail. Lembut dan fluffy. Tengok kegebuannya kita dah confirm tergoda!
Jarang-jarang berpeluang nikmati vadai ini sebab takkanlah nak pergi TTDI semata-mata dek kerana nak makan vadai. Jadi, sekali-sekala apabila berpeluang ke area sana, saya akan tapau vadai ini. Selepas itu, balik rumah...memang akan duduk dan nikmati sepuas-puasnya.