Acar Lobak Putih & UTI
Isnin, April 02, 2012
Resepi Acar Lobak Putih
- Sebatang lobak putih (dihiris nipis-nipis)
- 1 - 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh garam
- 3 sudu besar cuka Apple Cider (jika tak ada, guna cuka putih biasa pun boleh)
- Beberapa biji cili api (jika suka pedas)
Caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang!
Aku buat acar ini untuk ibu. Ibu ada UTI (Urinary Tract Infection) sejenis jangkitan pada saluran kencing. So, ibu selalu amalkan makan lobak putih untuk bantu atasi masalah UTI nih. Kalau tak nak buat acar, buat air rebusan pun boleh. Lobak putih yang telah dibersihkan dan dihiris, dicampurkan dengan beberapa cawan air. Jerang hingga mendidih. Kemudian, minumlah airnya.
Ada orang pernah cakap daun lobak putih pun boleh direbus sebagai penawar UTI. Tapi aku tak pernah cuba rebus lagi. Setakat ini, aku hanya buat acar atau rebus sahaja lobak putih tu. Alhamdulillah, nampaklah perkembangan positif pada penyakit ibu ni. Selamat Mencuba!