Seikat Warkah Lama

Rabu, Mac 26, 2014


Masa saya kemas barang-barang dalam stor, terjumpa satu ikat surat-surat lama. Semuanya surat ibu dan Pak Ham masa diorang muda-muda dulu. Bila ada surat lama, maka ada SETEM! Saya sangat-sangat teruja! Maklumlah, hobi kumpul setem ni dah jadi semakin tak relevan dalam zaman serba canggih sekarang. Orang dah tak hantar surat pakai pos lagilah. Pakai emel :) 


Banyak tak? Ni setem-setem yang perlu diproses sebelum masuk album setem. Adalah terselit dua tiga keping setem baru. Selebihnya setem dua tiga dekad lepas.

Ayam Masak Sambal Taucu

Mula-mula mohon maafkan cili tumbuk tak berapa nak lumat boleh buat tampal seluar berlubang tu. Biasalah, saya bab tumbuk-tumbuk sambal ni, jenuh sedikit! Tangan cepat lenguh hahaha Tapi, percayalah, sambal ini memang sedap! Ada pedas-pedas cilinya, masin taucu ... lawan dengan ayam goreng garing ... memang tak pandang kiri kanan dah!

Resepi Ayam Masak Sambal Taucu


Bahan-bahan:
  • potongan ayam (Lumur dengan kunyit dan garam, goreng sehingga masak. Ketepikan.)
  • 5-7 cili merah
  • 4 butir bawang putih
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 - 2 sudu besar air perahan jus limau
  • gula secukup rasa 
  • sedikit air masak
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk cili merah dan bawang putih.
  2. Panaskan kuali. Tumis pes yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan taucu.
  4. Perasakan dengan perahan jus limau dan gula.
  5. Gaulkan dengan ayam goreng. Sedia untuk disajikan.


Selamat Mencuba!

50 Sebab Perlu Bersenam

Selasa, Mac 25, 2014

Dah lama saya ada poster ni dalam i-pad. Sekalipun ada 50 sebab mengapa kita perlu bersenam,...sangat jarangggggg sebab-sebab ini berjaya memotivasikan saya untuk exercise. Dah parah sangat dah ni! 


Hmm,..lepas ni setiap kali bangun tidur kena pilih satu sebab khusus untuk bersenam. Kenapa perlu bersenam? Well, number 50 sums it all :)




Yuri Van Houtten

Isnin, Mac 24, 2014

Haiii! Selamat memulakan minggu baru yang bebas tekanan.
Aksi Yuri nak ajak main.