Ubat Kutu untuk Si Yuri
Ahad, Ogos 17, 2014
Inilah ubat kutu untuk si Yuri, Frontline Combo Spot-On Cat. Awal tahun dulu, Yuri kena jangkitan kutu sampai kurus! Tuannya sibuk sangat (tak sure pun sibukkan apa) sampai terabai kebajikan meoww seekor nih. Lepas bawa jumpa 'vet', masalah kutu, gatal-gatal dan yang seangkatan dengannya HAPUS!
Kiranya, Frontline Combo Spot-On Cat ni sesuai untuk si Yuri. Harga berpatutan. Sekitar RM50-RM60/kotak. Dalam kotak tu ada 3 tiub yang akan bertahan untuk lebih kurang tiga bulan. Cara guna sangat mudah. Yang penting, berkesan! Titiskan pada tengkuk kucing dan pastikan kucing tak kena air dalam tempoh 3 hari. Then, from time to time bolehlah guna sikat kutu untuk periksa ada kutu atau tidak.
So, siapa-siapa yang kucingnya ada masalah jangkitan kutu, bolehlah cuba spot-on ni.
Aksi Si Yuri bobok dalam bilik kraf. Comforter dan bantal ikan yang saya letak untuk relaks kat situ dah jadi port dia pula.