Pokok Thyme Dah Pindah Pasu

Selasa, September 23, 2014

Ingat lagi tak bulan lepas saya ada tulis satu entri 'Projek Tanam Herba' - percubaan saya menanam rosemary dan thyme? Baca mengenainya di sini.

Sayangnya pokok rosemary saya umur tak panjang :( Mati dah semua. Suprisingly, thyme yang saya tanam pula hidup subur. Sekarang dah pindah ke pasu yang lebih besar. Baunya semerbak!

Pokok Thyme
Alhamdulillah, merasa juga Taman Herba saya ada pokok baru hehehe Kena baca buku gardening lepas ni, nak kenalpasti apa silapnya pokok rosemary saya tak naik. Kalau ikutkan, lagi senang tanam rosemary berbanding thyme.

Projek gardening saya yang seterusnya, nak cuba tanam selasih dan kucai pula :)


Bubur Campak-campak 'Slow-cooked'

Isnin, September 22, 2014

Bubur Ikan Bilis

Dua tiga hari ni, saya teringin sangat nak makan bubur. Pagi tadi bangun-bangun terus basuh beras, campak hirisan bawang besar, bawang putih, halia, lobak merah dan sedikit ikan bilis ke dalam slow-cooker. Masukkan air yang secukupnya. Tinggalkan. Hehehe...tak perlu tunggu. Pergi buat kerja lain ;) 

Menjelang tengah hari, bubur saya dah siap! Perasakan dengan garam, lada sulah, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang,...sedia untuk dimakan! Inilah hidangan makan tengah hari saya. Resepi campak-campak je. Jemput makan semua!

Enjoy the rest of your Monday :)


Ini Bukan Tentang 'Tealicious'

Ahad, September 21, 2014

Entri ini tiada kena mengena dengan 'Tealicious'.

Entri ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibu dan adik kecilnya yang makan berhampiran dengan saya di sebuah medan selera. Sekali-sekala, mungkin kerana renyah menunggu si ibu menghabiskan makanan, kanak-kanak itu hilir mudik hingga beberapa kali juga sampai ke meja saya.


Si Kecil: 
Mama, kalau jarum panjang dekat nombor 6,...jarum pendek,...yang pendek lepas nombor 4! Pukul berapa?

Si Ibu: 
4. 30. 

Si Kecil: 
Empat setengah? 

Si Ibu: 
Hmm. Kakak tengok jam kat mana? 

Si Kecil: 
Tu kat aunty belakang tu. Jam tangan dia besar! Macam jam kat rumah!


Sekali lagi, entri ini bukan tentang 'Tealicious' :)

Selamat mulakan minggu baru dengan senyuman!


Sayang Kotak Perfume Punya Pasal

Sabtu, September 20, 2014

Malam tadi sesudah kelas, saya sort kertas-kertas di rumah untuk di kitar semula. Dalam timbunan kertas tu, adalah dua kotak perfume Cekengah. Cantik pula warna pastel kotak-kotak tu di mata saya. Rasa sayang nak recycle.

Berkenan dengan warna kotak-kotak ni :)
Saya pun terus masuk bilik kraf, ambil craft punches berbentuk love dan butterfly. Tiba-tiba dapat idea nak gunakan kotak-kotak ni untuk buat hiasan pada kad. Nak tengok hasilnya?

Kad Ucapan guna Kotak Perfume :)


Berguna jugak kotak perfume ni kan? Dua kad di atas 'blank', tanpa tema. Nanti, jika ada tempahan kad, saya hanya perlu ubah dan tambah apa yang patut. Sedikit pesanan penaja, don't simply throw away your papers :) Guna semula apa yang boleh. Kitar semula yang selebihnya. Tindakan kecil kita boleh bantu pelihara alam sekitar.

Let's Go Green!