Bila Buat Kerja Tak Fikir | Jom Cuci Microwave
Isnin, November 17, 2014
Ini kes lambat breakfast-lah ni. Pergi singgah blog Anis, ada pulak gambar-gambar makanan yang buat perut bergendang minta diisi. Tengok dalam peti ais ada pulut dan rendang daging. Apalagi, nak mamam cepat, terus je masukkan dalam microwave. Tingggg!
Rendang all over the microwave! |
Bijak kan?! Buat kerja tak fikir! Tahu nak cepat makan je. Dahlah temperature tu saya letak high! Tak pasal-pasal kena bersihkan microwave. OK, jangan pandang lama-lama sangat gambar sisa rendang daging yang meletupkan diri sendiri tu. Saya nak share tips mudah untuk bersihkan microwave.
- Letakkan sebuah mangkuk yang berisi air dan cuka di dalam microwave.
- Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
- Keluarkan mangkuk. Hati-hati, panas! Then, ambil tisu dapur dan lap bahagian dalam microwave hingga bersih. Tak perlu sental/gosok. Tak perlu guna sabun. Campuran air dan cuka yang dipanaskan somehow membolehkan sisa makanan yang melekat tanggal dengan mudah.
Bau microwave yuck?
- Potong beberapa hirisan lemon/limau nipis.
- Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan sedikit air.
- Panaskan dalam microwave selama 1 - 2 minit.
Prevention is better than menyental/menggosok!
- Gunakan bekas khas untuk microwave yang ada lid dan lubang kecil khas (Tupperware ada!)
- Pastikan kalian guna suhu dan masa yang betul. Kalau setakat nak panaskan roti, tak perlulah letak suhu tinggi/sampai 2 minit. 30-40 saat pun cukup!
- Untuk makanan yang berkuah dan berminyak, letakkan plastic food wrap yang tahan microwave. So, tak adalah minyak tu melompat-lompat keluar.
Harap tips ni membantu ;)