Cendawan Shitake
Jumaat, April 03, 2015
Assalamu'alaikum. Salam Jumaat semua! Malam tadi tiba-tiba rajin nak check akaun Nuffnang. Intai keywords sekali. As usual, ada carian kord gitar, origami (kraf) dan resepi. Selain daripada lontong goreng, cendawan shitake pun 'masuk carta'. Lihatlah paparan keywords blog saya yang sempat saya screen shot.
Keywords 020415 |
Secara peribadi, cendawan shitake memang kegemaran saya. Rasa dan baunya yang significant boleh buat sesuatu hidangan tu lebih menyelerakan. Gabungan terbaik adalah dengan ayam. Cendawan shitake + ayam memang tidak pernah mengecewakan. Lagi satu, cendawan shitake dan keju. Fuhhhhh! Jika teringin hidangan ala ala restoran Cina Muslim, jangan lupa tambah sedikit minyak bijan. Memang terangkat!
Jadi, hari ini kita tengok resepi-resepi dari dapur FAMF Tower yang berasakan cendawan shitake ye. Langkah penyediaan setiap resepi di bawah mudah sahaja. Tidak terlalu rumit atau mengambil masa yang lama. Klik pada gambar untuk ke entri yang berkaitan.