Belanja Kurma Maya Sebiji Seorang

Khamis, Jun 18, 2015

Assalamu'alaikum.
Maaf sangat-sangat. Dah sehari kita berpuasa barulah saya sempat nak up entri yang proper. Bersempena bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini, saya ingin buka lembaran baru suci murni. Andainya ada:
  • tersalah kata atau bicara dalam entri-entri saya
  • tersalah  komen atau tersalah jawab/respons pada komen
  • tersinggung perasaan sesiapa
  • melakukan apa-apa tindakan, baik dari segi kata-kata mahupun tingkah laku yang membuat sesiapa berasa tidak selesa.

Cekebon Tersentuh di Pagi Ramadan

Assalamu'alaikum.
Salam 1 Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa. Dah baca doa untuk 1 Ramadan? 

Pagi tadi selepas Subuh, saya memerap dalam bilik buat kerja editing. Dah pukul 10 lebih baru keluar gi intai Cekebon.

"Kak, ada surat poslaju. Nek Piah yang ambilkan." (Referring to jiran sebelah rumah tempat surat-surat saya selalu 'mendarat'.)

Saya ambil surat tu dan letak depan Cekebon.

Persiapan Ramadan 1436 - Ramadan Menu Planner

Isnin, Jun 15, 2015

Ramadan Menu Planner ni saya buat tahun lepas untuk rancang menu mingguan. Baca mengenainya di sini. Tahun ni guna baliklah. Saya cuma edit sedikit, tambah cadangan menu untuk minggu seterusnya.

Klik untuk paparan lebih besar.

Maaf, kali ni ada dalam format JPEG je. Untuk muat turun, klik pada imej di atas hingga paparan yang lebih besar muncul. Right click dan pilih untuk save/download image

Selamat merancang menu harian! :)

Kenyataan Kau Memilih Dia

Awal-awal minggu dah jiwang? Hehehe ini merupakan bait lirik lagu terbaru Cakra Khan. Dari bulan lepas saya tunggu, bilalah nak release single 'Kau Memilih Dia' ni. Di youtube dah mula keluar video lirik/audio version, boleh cari tetapi bukan yang official dari MyMusic. Klip videonya pun baru tunjuk teaser. Nampak macam best...tapi jangan hangin, teasernya memang buka-buka lampu je ;)

Peminat tegar Cakra Khan akan suka lagu ni. Membuai perasaan sungguh! Cubalah dengar.


Lirik Lagu Kau Memilih Dia – Cakra Khan


Dariku tak terima
seluruh cinta seutuhnya