Kotak Merah Penuh Makna SS | HH

Rabu, Mei 25, 2016

Assalamu'alaikum,
Ini kisah Jumaat lepas. Saya masuk kelas pukul 9. Hari Jumaat saya kerja 1 jam je. Pantau keadaan kelas, jumpa 'The Cinonets'. Masuk-masuk, 'The Cinonets' dengan ceria menyapa saya. Belum sempat letak beg, dah berkejaran datang kerumun saya sambil bawa satu parcel di tangan. Parcel pos laju. Jiran saya yang tolong ambilkan dan hantar ke kelas pada malam tu.

Kebiasaannya, pukul 9.00 - 9.10, anak-anak kecil ini rehat belajar selama sepuluh minit sebelum sambung subjek seterusnya. Masa inilah mereka nak kongsi cerita dengan saya (budak-budak kecil pun ada gosip tau!), nak mengadu itu ini. However, that day, cerita-cerita mereka semua were put on hold. Sebab sibukkan hadiah saya..

Buka parcel,...Wahhhhhhhh! Kotak merahhhhhh!

Belon Ais untuk Air Kekal Sejuk

Assalamu'alaikum,

Entri ini berkenaan salah satu party hacks yang saya rasa amat berguna. Jika kalian buat majlis dan sediakan air kotak/botol/air mineral, mesti nak pastikan air tu sentiasa sejuk kan? Boleh je kalau nak letak dalam ice box, tetapi yang ini lebih presentable and guests-friendly.

Apa yang kita perlukan, belon berwarna-warni. Saiz belon terpulang. Beli yang jenis murah je tau. Kat Mr. DIY ada banyak! Kemudian, belon-belon itu kita nak isi dengan air dan ikat.

Begini rupanya :)

Tutorial Kraf Kertas - Heat Embossing (Bahagian 1)

Selasa, Mei 24, 2016

Assalamu'alaikum.
Tutorial kraf kertas hari ini - cara buat heat embossing.
Apa yang dimaksudkan dengan heat embossing ialah kita nak panaskan embossing powder sehingga cair dan permukaannya akan timbul sedikit. Kira untuk beri extra effect pada projek kraf kita lah.

OK, di bawah ini ialah bahan dan peralatan yang diperlukan untuk heat embossing.


Themed Party - Scrabble and Gold (Part 1)

Ahad, Mei 22, 2016

Siapa suka kalau buat keraian ada tema? Theme party anyone? Kali ini saya nak kongsi satu lagi idea untuk tema parti anda. Scrabble. Ya, Scrabble,..yang kita main bina perkataan tu.

Tema Scrabble ini saya pilih khusus untuk sambutan hari lahir Cekebon dan Dhila yang jatuh pada hari yang sama. Kena all out untuk dua wanita hebat kesayangan saya ni. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielak, sambutan birthday mereka diawalkan seminggu dari tarikh sebenar. Tetapi,entri ini bukanlah nak cerita tentang majlis tersebut. Saya hanya nak tunjuk semua persiapan parti untuk tema ini. Mana tahu boleh beri idea pada kalian.

Perancangan bermula seawal bulan Mac sebab kebetulan saya terlibat dengan dua keraian lain yang perlu dirancang. So, sambil cari barang untuk keraian-keraian tersebut, saya beli sekali barang untuk parti ibu dan Dhila.