Siapa suka kalau buat keraian ada tema? Theme party anyone? Kali ini saya nak kongsi satu lagi idea untuk tema parti anda. Scrabble. Ya, Scrabble,..yang kita main bina perkataan tu.
Tema Scrabble ini saya pilih khusus untuk sambutan hari lahir Cekebon dan Dhila yang jatuh pada hari yang sama. Kena all out untuk dua wanita hebat kesayangan saya ni. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielak, sambutan birthday mereka diawalkan seminggu dari tarikh sebenar. Tetapi,entri ini bukanlah nak cerita tentang majlis tersebut. Saya hanya nak tunjuk semua persiapan parti untuk tema ini. Mana tahu boleh beri idea pada kalian.
Perancangan bermula seawal bulan Mac sebab kebetulan saya terlibat dengan dua keraian lain yang perlu dirancang. So, sambil cari barang untuk keraian-keraian tersebut, saya beli sekali barang untuk parti ibu dan Dhila.
First and foremost, dah nama pun tema Scrabble, kenalah ada Scrabble kan. Saya pilih Scrabble versi Malaysia - Sahibba. Beli 1 kotak edisi ekonomi. Harga RM39.90. Guna kad keahlian dan baucar POPULAR yang saya ada, dapatlah RM30. Hanya beli satu kotak sebab saya ada lebihan tiles Sahibba yang lama di rumah.
One thing kalau beli edisi ekonomi, rack atau tempat nak susun letter tiles tu berwarna hijau. Ekkkkkk! Tak sesuai langsung dengan tema. Fikir punya fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk cat racks dengan warna emas. Jadi, masa nilah baru betul-betul confirmed yang temanya 'Scrabble and Gold'.
Saya hanya beli poster colour berwarna gold. Mula-mula, saya cat rack dengan acrylic paint berwarna kuning. Dah kering, barulah disapu dengan warna emas sebanyak dua hingga tiga lapisan.
Siap 'diemaskan', saya guna spray paint tak berwarna. Neutral. Ini untuk pastikan sapuan warna emas saya tidak copot dan bertepek kat dahi atau muka ;)
Jemur di tengah panas hingga betul-betul kering. |
Hasil akhir,..
Touch up dengan bunga sikit biar manis berseri dan susunlah letter tiles membentuk perkataan yang diingini. Saya gunakan racks ini sebagai ganti place card. Lebih kurang lah.
Backdrop dan Photo Booth Props
Disebabkan saya dah rancang parti ni lebih awal, adalah masa untuk buat backdrop ikut tema. Saya gunakan printable Scrabble tiles (refer entri terdahulu di sini.) Saya pun dah gunakan scrabble tiles ini untuk buat kad hari guru. Boleh baca di sini.
Setelah berhempas pulas sampai juling-juling mata,...inilah backdrop bertema Scrabble saya :)
Ada photo booth props juga! [Tutorial akan Menyusul]
Belon
Saya beli belon berwarna emas dan putih. Tak mahulah semuanya gold sahaja. Rasanya malam sebelum majlis (lebih tepat pukul dua pagi), saya kembung-kembung pipi meniup 25 biji belon. Jangan tanya,...last minute pam belon missed place! Bott pula naik turun kerusi main gantung-gantung. So, untuk belon, inilah hasilnya!
Belon 'welcome' yang greet kita di pintu masuk :)
Bahagian ini pula, pemisah antara ruang tamu dan ruang makan. Bott gantung belon emas dan putih berselang-seli. Di antara belon-belon tu ada juntaian reben dengan gambar-gambar the birthday girls + family.
Belon yang selebihnya, kita biar je bertaburan atas lantai dan dekat backdrop.
Happy Birthday Banner - Scrabble Style
Untuk banner Happy Birthday, saya jadikan dinding di ruang makan sebagai game board. Saya susun letter tiles Happy Birthday Cekebon + Dhila. Letter tiles tu, saya buat sendiri di komputer. Bak kata Cik Sal Munge, apabila letak nombor-nombor markah tu barulah betul-betul Scrabble! ;) Cetak di atas kad wood design.
Macam mana? Cukup Scrabble tak? Lihat pula Part 2 di sini. More Scrabble untuk kek, set up meja dan hiasan lain.
wah...25 biji belon! kalau saya pagi tu semput dahla..mesti jadi suara kartun..haha
BalasPadamAkak kan ada semput,,.tiup belon ni kira latihan pernafasan hahaha
PadamHaah, pagi2 buta terkeluar suara kartun gak! Terkejut sendiri :)
kak Farrah selalu amik upah design photobooth berapa? pm best price..hehe
BalasPadamHuhuhu how I wish I could pm you best price,...tapi Sal, akak tak amik order la. Buat utk family dan kenalan je,..itupun kadang2 sebab kena ugut dgn diorang hehehe akak ni kepala angin + malas kerja. Kang time orang order, time tulah akak nak bobok,...kan susah ;D
Padamtulah kan..kalau dengan family bolehla nak ikut time n kepala sendiri..takpela, saya tanya je bukan nak buat pun.propa je
PadamHahahah takpe,..akak suka sal propa ;)
PadamAssalamualaikum w.b.t
PadamTumpang lalu ye tuan/puan.
Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu seperti:
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Hari Graduasi
- Anniversary
- Majlis Perasmian
- Majlis Persaraan
Bukan itu sahaja, GPH juga menjual barangan seperti:
- Belon Helium
- Sand Art
- Party Items
- Inflatable
- Clown Service
GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.
Tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan?
Sila hubungi outlet GPH atau walk in.
GLOWING PARTY HOUSE
Bangi Sentral Outlet
6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
☎ 0389122915
⏰ Daily from 10am-8pm.
Reko Sentral Outlet
17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
Same row with Econsave Jalan Reko.
☎ 0387414445
⏰ Daily from 10am-8pm.
The Main Place Mall Outlet
2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
☎ 0380207681
⏰ Daily from 10am-10pm.
Wholesale Warehouse Glowtex
38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
☎ 0387256165
untuk sebarang sample, boleh layari
FB: https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/
#GlowingParty™
#Glowtex™
Banner tu yang nampak smart . Nak pinjam idea .
BalasPadamSila sila,..tak yah nak pinjam. Ambil je :)
Padamnampak exclusive pulak lps dh cat kaler emas tu, haha!
BalasPadamHeheheh kalau dak,...seriau akak nengok warna hijau! Terus lari tema!
Padamkalau rajin, semua benda nampak jadi idea kan! hahahaha
BalasPadam...ini rajin sekali sekala je, Sally :)
Padamsalam seriously akak super duper rajin!
BalasPadamTak adalah rajin mana, Yana :)
PadamMak aihh rajinnya.. tahap gaban punya rajin ni..
BalasPadamTak dak rajin mana aihhh. Buat slow2, Mummy. Sambil-sambil sebab plan dari awal :)
PadamHabis kecut tak pipi tiup 25 biji belon ni.. hehhe
BalasPadamkalau kecut yana pun nak tiup!
PadamSuprisingly tak kecut la,...makin kembung adalah! ;)
PadamDah lama ngidam nak beli scrabble ni, tapi sampai la ni tak beli jugak takut kena paksa ngan hero2 main 24 jam non stop., hahahah :p
BalasPadamNanti belilah, Mummy! Mesti syok main ngan hero2 tuh!
Padamok apa main scrabble, dari mengadap gadget.tapi saya lagi suka Saidina..duit oh duit
PadamMain scrabble kena jadi bijak,..main Saidina boleh jadi orang kaya hahahah
PadamSulu waktu kecik suka main saidina lagi sebab malas nak pikir perkataan bila main scrabble. Itu sebab bila besar 'bijak' . haha .
PadamTypo *dulu =.="
PadamKreatif betul farrah ni.. Tak terfikir untuk tema yang macam ni.. Gut Idea.. :)
BalasPadamBiasa2 aje, LA. Mula2 jenuh gak memikir tema yang sesuai, tetiba nampak kotak Scrabble :)
PadamBirhday cekebo sama tarikh dengan kak dhila? 5/5 ke?
BalasPadambuysy sangat awal may, Sanah helwah cekebon kak dhila , moga moga dalam limpahan kasih sayang Allah selalu :)
Haah, birthday diorang sama hari, but on the 7th. Thanks for the wish, Yana. Insya-Allah, nanti akak sampaikan :)
PadamFaham yana tiup satu belon pon mak ai, ni kan akak 25 fuh terbaik
BalasPadamKihkihkih terpaksa, dik. Kes terpaksa :)
PadamTapi , serius yana kagum dengan akak pun kreativiti, gigih pulak pi cat tempat letak huruf tu
BalasPadamKihkih tak yah nak kagum sangat, dik. Semua tu buat sambil2....nak ikut tema lah katakan ;)
Padamnampak mewah dengan kaler emas
BalasPadamEmas itu menawan! ;)
Padamjenuh tiup 25 biji belon.. apapun memang cantik dan menarik tema birthday party Farrah..
BalasPadamHeheheh memang jenuh, Eyda. By the time abis tiup tu rasa paru2 dah kembangggg ;)
Padambanyak kot 25 biji belon..
PadamCantik ! Kagum lah dengan kak Farrah ni, memang hebat !
BalasPadamAlahai, nani...takdelah hebat mana :)
Padamso kreatip!
BalasPadambiasa2 aja,... :)
Padamidea yang menarik ni
BalasPadamHihihi mana tahu nanti AA boleh buat tema ini :)
Padamx pernah buat keraian...TEMA? mmg tak de lah
BalasPadamSekali-sekala je, Sis JM. Keluarga saya ni kecil je,..dahla kecil, jarang jumpa berkumpul sekali sebab komitmen masing2 berbeza. Itu yang bila ada keraian buat something special :)
Padamish ish ish..berapa lama lah Farrah habiskan masa utk siapkan RACK tu
BalasPadamBeberapa hari gak. Saya cat selapis, biarkan kering, pergi buat kerja lain. Datang balik, cat selapis lagi, tunggu kering lagi...lebih kurang begitulah :)
Padamkalau sis JM yg keje masuk jam 8 balik jam 5 ni..mlm mmg dh penat..mmmg x lah nk sentuh or buat mcm2 ni
BalasPadamSis JM masih mampu bom blog orang, blogwalking sana-sini dah cukup hebat dah tu! Larat lagi walaupun dah kerja sepanjang hari ;)
Padamhujung mggu lak sibuk kemas rumah bagai...nak buat ni perlu byk masa free n minat serta kreatif
BalasPadamRajinnya hujung minggu mengemas....kalau free mehla datang tolong kemas bilik kraf saya :)
Padampergh...sangant meriah sambutan hari lahir ni..kalau besday sendiri..Farrah jgklah yg buat preaparation kan
BalasPadamKihkihkih klu birthday saya, mastermind nya si Dhila ;)
Padamhebak hebak!!!! kreatif ya amat!!
BalasPadamComelnya tema nniiih
BalasPadamAkak niih memang kreatof daro kecik ehhh ?
BalasPadamGold gabung dengan putih memang kebabom meletup
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t
BalasPadamTumpang lalu ye tuan/puan.
Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu seperti:
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Hari Graduasi
- Anniversary
- Majlis Perasmian
- Majlis Persaraan
Bukan itu sahaja, GPH juga menjual barangan seperti:
- Belon Helium
- Sand Art
- Party Items
- Inflatable
- Clown Service
GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.
Tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan?
Sila hubungi outlet GPH atau walk in.
GLOWING PARTY HOUSE
Bangi Sentral Outlet
6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
☎ 0389122915
⏰ Daily from 10am-8pm.
Reko Sentral Outlet
17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
Same row with Econsave Jalan Reko.
☎ 0387414445
⏰ Daily from 10am-8pm.
The Main Place Mall Outlet
2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
☎ 0380207681
⏰ Daily from 10am-10pm.
Wholesale Warehouse Glowtex
38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
☎ 0387256165
untuk sebarang sample, boleh layari
FB: https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/
#GlowingParty™
#Glowtex™