Assalamu'alaikum. Selamat Hari Jumaat.
Apa khabar semua? Maaflah saya tak sempat lagi nak melawat kalian. Proses pindah-randah masih belum selesai. Pack barang, unpack barang. Ada barang masuk kotak, ada barang tinggal dulu. Alih-alih saya sendiri gagal locate barang-barang saya! Saya memang bab packing barang ni lemah sikit ;)
Hari ini, saya nak kongsi resepi bubur ayam slow cooker kegemaran saya. Di tempat baru ini, saya cenderung masak menggunakan slow cooker. Pagi-pagi sebelum keluar, saya akan masukkan semua bahan dalam slow-cooker dan tekan butang ON. Bila balik 4 - 5 jam selepas itu, dah ada hidangan panas siap untuk dimakan menyambut saya.
Kadang-kadang kalau esoknya saya nak bawa bekal, sebelah malam sebelum tidur, saya masaklah apa yang patut dalam slow cooker. Bangun pagi, makanan dah siap. Tinggal masukkan dalam bekas and I'm all ready to go!
Tak ada slow cooker? Tak ada masalah. Resepi ni sesuai untuk semua - slow cooker, pressure cooker, tanak atas dapur macam biasa,...apa yang beda cuma tempoh masa memasak je.