Resepi Onion Rings Mudah dan Sedap
Khamis, Oktober 20, 2016
Onion rings antara snek kunyah-kunyah kegemaran saya dan Bott. Rasa-rasa tak ada benda nak makan untuk minum petang, buatlah onion rings. Dalam banyak-banyak resepi onion rings yang sudah saya cuba, paling berkenan dengan resepi di bawah ini. Satu, kerana bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah. Ada sesetengah resepi perlu guna serbuk roti untuk hasil yang rangup. Version yang ini tidak perlu.
Dua, saya suka kerana onion rings tidak akan jadi soggy walaupun setelah dibiarkan lama. Memanglah hidangan ini enak dinikmati ketika masih panas-panas. Tetapi, kalau selepas tu ada berbaki, tetap sedap dimakan :)