Resepi Onion Rings Mudah dan Sedap

Khamis, Oktober 20, 2016

Onion rings antara snek kunyah-kunyah kegemaran saya dan Bott. Rasa-rasa tak ada benda nak makan untuk minum petang, buatlah onion rings. Dalam banyak-banyak resepi onion rings yang sudah saya cuba, paling berkenan dengan resepi di bawah ini. Satu, kerana bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah. Ada sesetengah resepi perlu guna serbuk roti untuk hasil yang rangup. Version yang ini tidak perlu.

Dua, saya suka kerana onion rings tidak akan jadi soggy walaupun setelah dibiarkan lama. Memanglah hidangan ini enak dinikmati ketika masih panas-panas. Tetapi, kalau selepas tu ada berbaki, tetap sedap dimakan :)



Resepi Onion Rings Mudah dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 3 biji bawang besar (dipotong bulat dan dilerai-leraikan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika (Saya guna serbuk paprika untuk rasa spicy. Jika tidak guna pun tak mengapa)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • + 1 1/4 cawan air - Letak air sedikit demi sedikit hingga menjadi bater yang tidak terlalu pekat atau cair.
  • + 1/2 cawan tepung jagung 
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara Penyediaan:
  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, serbuk paprika, serbuk lada putih, garam dan telur di dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga semua bahan tergaul sekata dan bater tidak terlalu pekat. Jika pekat, tambahkan lagi air.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng. Ambil gegelang bawang, salutkan dengan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam bater yang dibancuh tadi.
  4. Pastikan salutan bater sekata. Goreng sehingga warnya bertukar kekuningan.
  5. Angkat. Tuskan minyak. Sedap dimakan ketika masih panas.

Selain cicah dengan sos cili, saya suka nikmati onion rings dengan sos BBQ.

 This is Bott's favourite. Sos keju =)


16 ulasan

  1. Waahhh..walapun takat onion ring tetap buat wana terliur..hehe..

    BalasPadam
  2. Sedap ehh? Akak tak pernah makan mana-mana jenis onion rings ni. Tengok la kalau rajin, nak jugak cuba buat.

    Terima kasih kongsi resepi. :)

    BalasPadam
  3. sedapnya tengok even bawang je pun.

    BalasPadam
  4. Sebelum ni Reen buat onion ring, tepung tak melekat. HHahaaa kak farrah buat cantik je tengok. Nyum nyum

    BalasPadam
  5. guna bawang biasa ka..ka bawang holland

    BalasPadam
  6. HH suka ni... Tapi tak pernah laa buat sendiri... Beli kat A&W..

    BalasPadam
  7. Ni guna bawang merah besar or bawang london tu

    BalasPadam
  8. Mudah je nk buat tp potong kepingan bawang size ikut suka or mcm mana sbb bawang kan byk slices

    BalasPadam
  9. Kalau inakonion ring,i pergi beli kat a&w je lah... hehehhe

    BalasPadam
  10. ari tu ade penah try buat..
    tp jadi lembik, kene try y ni plak..
    asben suke

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.