Buat Sandwic Cendawan
Rabu, Disember 28, 2016
Siapa suka sandwic cendawan? Sedap kan? Saya paling suka letak inti penuh-penuh dan padat. Nak buat pun mudah sahaja. Ikut citarasa masing-masing. Tak ada sukatan yang spesifik. Untuk inti sandwic cendawan di bawah, saya gunakan cendawan shitake, lada benggala hijau dan bawang besar. Saya lebihkan portion cendawan shitake dan hirisan bawang. Seasoning saya guna sedikit garam, serbuk lada hitam dan sos tiram.
Bersedia untuk 'dikapit' dengan roti :) |
Mula-mula, hiris semua bahan. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga naik bau dan caramelized. Masukkan pula cendawan dan lada benggala. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh letak sedikit kicap bersama lada hitam, letak Worcestershire sauce atau BBQ sauce.
Hidangkan dengan roti pilihan yang dibakar dengan sedikit sapuan mentega. Selalunya saya makan begitu sahaja. Dah sedap dah! Jika suka, bolehlah tambah sos cili, mustard dan mayones.