Movie Night Party Theme (Part 1)
Selasa, Januari 24, 2017
Dah lama tak buat entri on party planning. Asyik tunda tunda tunda sahaja. Kali ini saya nak kongsi satu lagi tema parti atau keraian yang boleh dibuat untuk majlis-majlis kalian - MOVIE NIGHT!
MOVIE NIGHT party theme ni sebenarnya untuk sambutan hari lahir adik lelaki saya sekitar hujung November tahun lalu. Pada asalnya, tiada sebarang perancangan nak buat apa-apa sambutan sebab sepatutnya adik saya tidak berada di Malaysia pada waktu itu. Saya pun relaks jelah tak prepare apa-apa. Last-last, atas sebab tertentu, dia tak jadi ke luar negara. So, kami decided untuk keluar makan tengah hari bersama-sama pada hujung minggu, a few days before his birthday.
Dengan masa yang suntuk, saya memang tak terfikir langsung nak buat parti bertema. Kebetulan, saya tengah sibuk berpindah-randah. Jadi, dah set dalam mind, tak pelah kita makan-makan je on the 19th. Next year, birthday Uje kita buat extra grand. Extra special.
Tapi, saya tak sampai hati. Selalunya apabila birthday saya dan Cekengah, si bongsu kami ni beria-ia usahakan itu ini. Pada malam 18hb, saya pandang keliling bilik kraf, tengok-tengok apa yang saya ada. Apa tema parti yang saya boleh usahakan dalam tempoh kurang dari 16 jam, tanpa perlu keluar ke kedai cari barang.