Kord Gitar Kasihku Selamanya - Dato' Sri Siti Nurhaliza (Easy Chords)

Ahad, September 15, 2019

Saya tidak gemar tonton cerita hantu. Tetapi, apabila tengok trailer Dendam Pontianak, rasa macam tertarik je nak pergi tengok. Hehehe tertarik je. Perginya tidak lagi. Setakat ini hanya main teka-teka jalan cerita je dengan Bott. Barisan pelakon yang bintangi filem ini bukan calang-calang pula tu. Ada Remy Ishak, Fazura, Hisham Hamid dan ramai lagilah.

One thing for sure, lagu runut bunyi (OST) untuk filem ini nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza memang best. Boleh feel gitu! Baru-baru ini tonton Tok Ti nyanyi live semasa konsert Shopee, fuhhh meremang!

OK, di bawah ini kord gitar versi mudah lagu 'Kasihku Selamanya'. Enjoy! Saya main tak perlu pakai capo. Jika tidak kena dengan kalian, cuba letak capo pada 2nd fret ye.


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Kasihku Selamanya - Dato' Sri Siti Nurhaliza (Easy)

OST Dendam Pontianak

Am
Sayangiku
Dm E
sayangku
Am
seperti sayangnya ku
Dm E
padamu

Dm
Kutagih kasihmu
Am
kuraih darimu
B7 E
semangat cinta paling agung


(Chorus)
Dm E
Telah ku katakan kepadamu
Am F
engkau dan aku selamanya
Dm B7
biapun berakhir masa terhenti nyawa
E
kumasih kan mencinta

Dm   E
Telah kau berjanji kepadaku
Am  F   
setia mu selamanya
Dm
akulah satu-satunya
E Am
yang akan kau cinta

Resepi Air Fryer - Ayam Cajun

Khamis, September 12, 2019

Satu lagi variasi hidangan ayam - ayam cajun. Cara hendak buat amatlah mudah. Hanya perlu dapatkan rempah cajun di pasaran. Dahulu saya biasa beli rempah cajun keluaran Tesco. Harganya lebih mudah berbanding rempah jenama lain. Tetapi, memandangkan yang keluaran Tesco ini mengandungi gula dan maltodextrin (gula juga), saya beralih ke jenama yang lain.  Maaf, tak ingat nama. 

Saya suka kepelbagaian rasa dalam masakan. Cuma sekarang, saya sedaya upaya cuba kurangkan kandungan gula dalam penyediaan makanan termasuklah di dalam rempah, sos atau perasa yang lain. Jangan pula pening kepala ingat rempah cajun Tesco tidak boleh guna ya. Sebenarnya, tidak kisahlah jenama apa, asal ada rempah cajun, dah boleh masak ayam ini.


Beginilah rupanya ayam cajun saya.


Resepi Ayam Cajun

Resepi Overnight Oat - Epal Hijau dan Merah

Rabu, September 11, 2019

Lima enam bulan belakangan ini, overnight oat memang sudah jadi antara pilihan sarapan saya untuk memulakan hari. Tetapi, tidaklah setiap hari. Cuma tiga ke empat hari seminggu. Saya selang-selikan dengan hari sarapan roti atau hidangan lain (kadang-kala teringin nak nasi lemak, nasi kerabu atau roti canai juga untuk sarapan hehehe). Sebab utama saya pilih overnight oat kerana mudah disediakan, sedap dan yang paling penting mengenyangkan.

Kebiasaannya, saya memang akan sediakan overnight oat lebih awal (dalam 4 - 6 botol kecil). Oat dan susu yang sudah disukat dimasukkan ke dalam botol siap-siap dan kemudian simpan di dalam peti dingin beku (freezer). Lama sedikit jangka hayat overnight oat tu. Jika esok hendak makan overnight oat, sebelum tidur saya akan pindahkan satu botol ke peti sejuk. Semasa hendak bersarapan, barulah dikeluarkan dari peti sejuk dan letak buah-buahan sebagai toppings.

Melalui cara ini, 'meal prep' saya jadi lebih senang. Lebih teratur. Saya siapkan untuk beberapa hari punya portion sekaligus. Apabila saya hendak makan, tinggal ambil sahaja.  Selain itu, dapat pastikan kesegaran susu segar yang digunakan. Yelah, satu kotak susu segar akan tahan sekitar 3 - 4 hari sahaja. Lambat guna nanti masam pula susu tu. Jadi, kita bekukan supaya tidak bazir.

Resepi overnight oat gabungan dua jenis epal di bawah antara resepi paling mudah yang menjadi kegemaran saya. Stok epal di rumah memang tidak pernah putus terutamanya epal hijau. Sekali-sekala apabila beli epal merah, saya guna kedua-duanya untuk overnight oat saya. Gabungan rasa masam epal hijau dan manis epal merah memang sedap! 


Salam Tiga Satu Lapan | Salam Satu Muharam

Sabtu, Ogos 31, 2019

Assalamu'alaikum,

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Malam tadi buat countdown merdeka atau tidak? Saya dan keluarga sekadar sambut di rumah sahaja. Tidak ke mana-mana pun. Semalam, menjelang detik 12 tengah malam, saya sibuk berjoging berlari-lari manja cukupkan bilangan steps harian sebelum fitness tracker reset untuk hari baru. Huhuhu sebelah siang dah makan banyak, kenalah gigih exercise lebih sedikit demi membunuh kalori. Lepas tu, teruja intai percikan bunga api dari tingkap rumah. Meriah! Berwarna-warni. Siapalah gerangan tuan punya diri kat kampung saya ni yang ada peruntukan bajet besar untuk bunga api sempena merdeka. Lama juga saya bertenggek dekat tepi tingkap semata-mata nak tengok bunga api sampai habis. 🤣






Selamat beristirahat untuk satu hujung minggu yang panjang. Selepas Hari Kebangsaan, kita akan sambut Maal Hijrah pula. Salam Awal Muharam 1441H. Moga tahun ini lebih baik dan bermakna berbanding tahun-tahun terdahulu. Cepat betul masa berlalu kan? Rasanya baru lagi saya pasang TV untuk tonton siaran langsung acara sambutan 1 Muharam, baca doa awal dan akhir tahun. Dah nak bertukar tahun dah! Mudah-mudahan sisa masa yang ada pada kita akan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Bulan September ini, kita ada tiga hujung minggu yang panjang. Tiga minggu berturut-turut kita cuti hingga Isnin. Seronok kan! Saya sengih-sengih sendiri tengok kalendar. Macam-macam benda plan dalam kepala.


OKlah. Nikmati cuti kalian sebaiknya. Rehat cukup-cukup ya!