Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken
Isnin, Jun 08, 2020
Bagi yang biasa makan Texas Chicken, pasti kalian familiar dengan honey butter biscuits. bukan? Saya memang jika sekali-sekala singgah makan di sana, tidak akan lupa pesan honey butter biscuits dan jalapeno poppers.
Honey butter biscuits Texas Chicken ini jadi kegemaran ramai sebab rasa manis dan buttery yang sedang-sedang. Just nice dan tidak keterlaluan. Kombinasi rasa lemak mentega dan manis madu membuatkan biskut ini sedap dinikmati begitu sahaja. Dapat pula dicicah dengan minuman panas kegemaran kalian, lagilah berganda kelazatannya.
Ini antara resepi terawal yang saya cuba semasa PKP baru-baru dilaksanakan tiga bulan yang lalu. Waktu itu, memang asyik keluar masuk dapur je. Konon-kononnya nak menyesuaikan diri dengan fasa baharu kena kurung dalam rumah. Padahal selama ini kalau dapat peluang duduk memeram diri dekat rumah, sayalah yang paling happy! Setiap hari saya dan Bott akan cuba masak satu resepi yang kitorang teringin nak makan. Tak kiralah hidangan sarapan ke, lauk atau pencuci mulut. Resepi baharu atau yang dah pernah cuba sebelum ini. Biskut ini antara salah satu daripada projek satu resepi satu hari kamilah. Lagipun saya memang teringin sangat sebab dah lama tak makan.
Kebetulan bahan-bahan memang ada. Cara nak buat honey butter biscuits ini pun memang mudah. Batch pertama yang dibakar, glazed pakai madu dan mentega. Batch kedua pula (lihat gambar di bawah), tanpa madu cuma guna sapuan mentega. Rupa parasnya kurang berkilat tetapi rasa tetap awesome. Biskut tanpa madu ini khusus untuk Bott sebab dia nak cicah dengan kopi panas.