Pasta Fusilli Cendawan Shimeji
Khamis, September 24, 2020
Assalamu'alaikum.
Saya muncul balik di sini! Hahaha asyik tenggelam timbul je kan? Maaflah, dua tiga menjak ni agak sibuk. Ditambah pula dengan tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan. Jadi, bila dah lemau sepanjang hari tu, manalah ada masa nak berblogging.
Hari ini kita cerita pasal makan. Tentang pasta. Pasta merupakan antara bahan kering yang sentiasa saya pastikan ada dalam pantri saya. Kalau waktu ada promosi atau jualan murah, memang saya akan beli lebih buat stok. Tidak kiralah fusilli ke ... macaroni ke ... atau yang jenis panjang (spaghetti atau fettuccine). Macam-macam resepi dan hidangan yang boleh diolah menggunakan pasta. Dari hidangan utama, buat salad hinggalah ke kudapan ringan untuk dikunyah-kunyah.
Di rumah ini, saya yang suka makan pasta ✋ (in fact saya suka makan semua benda) huhuhu. Tetapi, yang suka masak pasta, si Bott. Mintalah nak pasta apa - nak bergoreng, berkuah soupy-soupy, nak yang creamy atau versi yang bakar ... pandailah Bott olah ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Bab-bab pasta, saya memang tahu minta je.
Hidangan di bawah ini Fusilli Cendawan Shimeji. Kuahnya ala-ala bolognese, isinya menggunakan cendawan shimeji yang berwarna putih dan hirisan sosej. Cendawan shimeji ada dua jenis. Putih dan coklat. Saya tak berapa pasti ada perbezaan ketara atau tidak antara kedua-duanya selain warnanya. Dari segi rasa, bagi saya dua-dua sedap! Jika beli, lazimnya saya main ambil sahaja apa yang ada. Tidak kiralah putih atau coklat.