Donat Maaf Aku Tak Sempurna
Khamis, Julai 15, 2021
Sabtu lepas, saya groggy sebab makan ubat alahan. Malam sebelumnya entah salah makan apa, tahu-tahu dah tergaru-garu. Bila makan ubat, sepanjang hari berat mata.
“Hidup lagi ke dah mati?”
Sayup-sayup je dengar suara Bott. Siapa yang hidup siapa yang mati? Buka mata baru perasan, saya terkelap di meja dapur. Waktu ini sebenarnya niat baik nak temankan Bott kemas dapur. Tetapi, Bott jelah yang mengemas. Saya tersengguk-sengguk kat situ.
Dekat tangan Bott ada dua paket yis segera. Bott tengah periksa tarikh luput bahan-bahan kering di dalam pantri. Rasanya yis dalam paket tu saya beli masa mula-mula kita PKP tahun lepas. Kononnya nak meroti. Sampai sudah tak guna. Tarikh luputnya pun tak nampak kat mana.
Saya sempat cakap dekat Bott, kalau nak tahu yis tu hidup lagi ke tidak, pergi bagi yis makan gula. Sesudah tu saya selamat belayar ke ‘Mimpiland’.
"Hidup lagi! Ni hidup lagi, kan?"