Biasa tak selepas makan malam, terasa macam hendak makan snek atau sesuatu yang ringan? Sebenarnya tabiat ini memang A BIG NO dan perlu dihindar sama sekali. Pengambilan makanan yang berlebihan pada waktu malam akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita kerana dekat dengan waktu tidur. Biasanya waktu-waktu begini tubuh tidak lagi aktif melakukan kerja.
Tetapi, kalau dah teringin sangat tidak ada masalah untuk makan sedikit. Jangan ambil makanan berat pula. Pilih untuk nikmati sesuatu berupa snek sekadar untuk alas perut.
Di bawah ini ada perkongsian idea snek selepas makan malam (kredit kepada @movingdietitian) yang boleh disediakan. Bahan-bahan yang digunakan boleh membantu kita untuk rasa lebih berisi (agak mengenyangkanlah jika dibandingkan dengan makanan ringan seperti cip kentang atau aiskrim.) dan tidak akan terlalu 'menghukum' atau 'membebankan' tubuh. Yang penting, jaga portion.