Sebenarnya Biscoff Krunchee ini pemberian Cekengah. Semasa dapat tu, memang sengaja sorok dalam pantri. Biar jauh dari pandangan mata. Benda-benda manis begini hanya boleh makan sekali-sekala. Masa cheat day ke... masa nak reward diri apabila berjaya sudahkan kerja ke... barulah berbaloi! 😁
Produk di bawah label Soyeah Krunchee. Sekarang kan memang ada macam-macam produk snek bersalut coklat dalam balang sebegini.
Di dalamnya ada coco crunch mini yang disaluti dengan campuran lepa Lotus Biscoff manakala bahagian atas mewah ditaburi Biscoff crumbs.
Jika ditanya pendapat saya, Biscoff Krunchee ini sedap, rangup krup krap krup krap, cuma agak manis untuk cita rasa saya. Mungkin kerana saya sendiri memang kurang menggemari Lotus Biscoff. Ada saya makan, tak ada tiadalah sampai tercari-cari hendak beli.
Salutan coklat yang meliputi coco crunch mini sekata, sedang elok. Saya rasa penggemar Lotus Biscoff mesti suka akan Biscoff Krunchee. Satu suapan yang digaul sekata dengan cebisan-cebisan Biscoff pasti buat suapan kalian berulang.
Baca juga: Mouthgasm Crunchy. Mix of Chococrunch and cookies in mocha chocolate.
Kami ambil masa yang agak lama untuk habiskan sebalang Biscoff Krunchee. Tak adalah makan sekali hadap. Usik sesudu dua apabila teringin hendak makan something sweet.
Apabila sudah habis, sayang pula tengok balang Biscoff Krunchee yang masih ada sisa lepa Biscoff. Saya pun masukkan susu, kocak-kocak sedikit balang dan kemudian masukkan biji chia. Rendam semalaman sehingga biji chia mengembang jadi puding.
Hasilnya, puding biji chia perasa Lotus Biscoff.
Andai kalian berminat ingin memanjakan diri dengan kemanisan mewah Biscoff Krunchee, carilah di Instagram atau Facebook mereka ya.
Uishh rasa mcm maneehh sampai berkumpul air liur hahaha
BalasPadamHahahah nah tisu! Prepare siap-siap in case termeleleh pulak air liur tu nanti 😂
PadamMacam sedap je tu. Samalah kalau saya, benda manis manis ni kena makan sikit sikit dan berulang. Jenis jarang makan manis bila makan manis sikit pun dah terasa manisnya.
BalasPadamTak pernah rasa lagi lotus biscoff ni. jadi tak dapat gambarkan rasanya macam mana
BalasPadamNanti ada rezeki Naniey boleh cuba. Sekarang ni saya tengok ada spread lotus biscoff ni ada dalam saiz mini satu hidangan tu je. Kalau suka baru berbaloi beli.
Padamtak pernah try lagi biscoff ni. ramai yang cakap sedap..
BalasPadamBetul. Dari spread, biskut sampailah ke produk makanan yang guna biscoff ni… semua laku keras walaupun harganya bagi akak agak pricey.
Padambiscoff ni mmg agak manis kan... klu kek pun dah rasa manis, ni lagi la kruch ehhehe..
BalasPadamMemang manis bagi saya, kak. 😊 Budak-budak muda sukalah tetapi tak boleh makan selalu
PadamAda dalam bentuk chococrunch pula. Buat lapisan.
BalasPadamSekarang ni memang macam-macam kan, NA…
Padamsedapppp. manihhh berlemak
BalasPadamBetul betul betul!
PadamMacam-macam makanan orang sekarang.. nak tak nak je makan..
BalasPadamBetul, Tuan Fairus. Atas kitalah nak pilih apa nak rasa apa. Saya yang pelik-pelik sangat tu memang tak cubalah. Jenis tak adventurous 😊
PadamSaya yang makan makanan manis pun rasa biscoff ni manis. Nak makan sekali hadap tu memang idok ler kalau saya sebab manis sangat hahaha. Tapi sekala sekala boleh la :D
BalasPadamItulah… akak Biscoff spread tu sendiri manis bagi akak. Buat makan cicip-cicip bolehlah.
PadamTahu tak akak pernah tengok kat IG ada orang buat mukbang habiskan satu balang besar chocojar! Akak pula yang rasa akak kena lari masa tu untuk bunuh kalori! 😂
Kannn, manis dia tu rasa melekat gila dekat tekak. Terus terbayang bacaan gula dalam darah hahahahaha. Allahu, saya yang mendengar ada orang buat mukbang habiskan satu balang besar chocojar pun rasa serammmmm. Saya makan mouthgasm sebalang kecik tu pun dah takut, inikan pula mereka yang habiskan satu balang besar >.<
PadamBelum pernah cuba biscoff ni . Nampak macam crunchy . Manis x ?
BalasPadamCrunchy…kira setiap suapan tu krup krap krup krap. Tapi agak manis utk akak 😊
PadamLagi crunchy lagi sedap. Tapi kalau manis tak boleh makan banyak2
Padamteringin betol la nk rs lotus bisscoff ni..
BalasPadamhaha
Nanti ada rezeki boleh cari kat Shopee! 😊😊
PadamHurm.. Rasanya tak kot sebab saya memang tak makan manis. Jangan makan banyak sangat kak. Hehe
BalasPadamDon’t worry. Akak sedar diri hahaha Lagipun, akak tak miliki metabolisme tinggi seperti Sal. Lepas makan sesudu dua ni pun, gigih berlari (baca: jalan laju sikit je) tambah steps 😂
PadamBelum pernah makan lagi. Tapi nampak lazat la pulak.
BalasPadamCubalah, PC. Mana tahu kena dengan cita rasa :)
PadamSedapnya Biscoff Krunchee ni. Krup krap makan dengan cebisan biskut biscoff. Benda manis memang kena makan berulang tak boleh nak telan sekali hadap. Bagus gak idea tu buat puding biji chia perasa Lotus Biscoff :)
BalasPadamHehehe sayang tengok saki-baki Biscoff tu. Akak kalau Nutella jar habis pun akak kocak susu atau letak aiskrim. Jenis kena habiskan betul2 sampai jar tu clear baru puas hati.
Padamsedap! tak pernah lg shida cuba rasa..
BalasPadamNanti ada rezeki boleh cuba Shida. Lagi-lagi kalau Shida suka Lotus Biscoff :)
Padam