3 sebab utama saya suka Mobrog

Isnin, Disember 06, 2021

Ada atau tidak antara kalian yang suka buat tinjauan atau kaji selidik berbayar (paid surveys) dalam talian? Pernah dengar Mobrog? Haa... bagi yang kurang jelas, Mobrog ini juga merupakan salah satu platform kaji selidik yang akan bayar kita untuk kaji selidik yang kita sertai.

Mobrog antara yang mula-mula saya sertai dan rajin buat sehingga ke hari ini. Dahulu, semasa saya banyak terlibat tugasan di luar, kena jumpa orang, tunggu orang ... sambil-sambil tunggu orang tu memang rajin buat kaji selidik untuk isi masa. Sekarang tak seaktif dahulu. Dah malas menjawab soalan.

Tetapi, dari semasa ke semasa apabila ada kesempatan, saya memang akan buat kaji selidik Mobrog. Mengapa? 


Jemputan melalui e-mel.

Kita akan dapat jemputan untuk buat kaji selidik melalui e-mel atau terima notifikasi melalui aplikasi. Setiap kali ada kaji selidik baharu yang berpadanan dengan profil kita, Mobrog akan maklumkan. Jadi, kita tidak perlu susah payah cari kaji selidik mana yang hendak dibuat. Macam sesetengah platform kaji selidik, kita kena log masuk, jawab soalan saringan dan jika layak baru boleh teruskan dengan kaji selidik. Untuk saya yang malas ni, tu dah dikira usaha yang melecehkan. 😁

Ikut pengalaman saya menggunakan Mobrog setakat ini, apabila kita sudah lengkapkan profil seperti yang diminta, memang kaji selidik yang disarankan sesuai buat kita. Antara rajin dengan tidak sahaja untuk lengkapkan. Tidak adalah kena tendang separuh jalan kecuali kalau kita lambat buat dan kouta kaji selidik sudah penuh.

Lihat juga: Peluang Jana Pendapatan Sampingan dengan Tinjauan Berbayar (Paid Surveys)


Tidak perlu tunggu lama untuk tebus ganjaran.

Hanya USD6.25 diperlukan untuk membolehkan kita tebus ganjaran yang akan dibayar melalui Paypal, Skrill atau EcoMaster. Tidak ambil masa yang lama pun untuk kumpul. Satu kaji selidik bernilai antara USD0.19 - USD1.89 ... lebih kurang begitulah. Saya selalu akan buat kaji selidik yang 1 dolar ke atas sahaja. Buat dalam 4 ke 5 kaji selidik,  sudah boleh tebus. 


Bayaran berdesup! 

Ini paling saya suka! Sesudah tebus ganjaran, kita tidak perlu tunggu lama untuk amaun dikreditkan ke dalam akaun Paypal kita. Asalkan hari kita tebus tu hari bekerja, beberapa minit selepas tebus duit akan masuk. Tak percaya? Tengok notifikasi e-mel saya di bawah. Untuk bulan lepas, saya tebus tiga kali.


Pertama:


9.16 pagi tebus, 9.21 sudah terima pembayaran melalui Paypal.


Kedua:



Ketiga:


Best, kan? Kalau berminat hendak buat surveys Mobrog ni, daftarlah segera di sini


Doa Abu Darda' - Lindungi Diri dan Harta daripada Musibah

Ahad, Disember 05, 2021

Assalamualaikum. Kalian pernah dengar tentang Doa Abu Darda’?

Abu Darda’ (r.a) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad  yang merupakan seorang peniaga terkemuka di Yathrib sebelum pengislamannya. Setelah memeluk Islam, Abu Darda’ meninggalkan perniagaannya dan mula menumpukan kepada beribadah, menghafaz al-Quran serta mengembangkan ajaran Islam.



Doa ini merupakan doa yang diajarkan kepada Abu Darda (r.a.) oleh Rasulullah  untuk menyelamatkan diri dan harta daripada ditimpa musibah atau malapetaka. 

Seperti yang diriwayatkan oleh Thalhah (r.a.), seseorang telah datang kepada Abu Darda’ (r.a.) memaklumkan  bahawa rumahnya terbakar. Tidak lama kemudian, seorang lagi datang memberitahunya tentang perkara itu. Abu Darda’ (r.a.) kekal tenang. Begitu juga keadaannya apabila orang ketiga datang menyampaikan perkara yang sama.


Kemudian, datang orang keempat. “Wahai Abu Darda’, api telah naik dengan marak tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam.”


Abu Darda’ (r.a.) menjawab, “Saya yakin bahawa Allah سبحانه وتعالىٰ tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah  telah mengajarkan saya satu doa yang jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”


Doa Abu Darda’




Selamat Hari OKU Sedunia

Jumaat, Disember 03, 2021

Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat. Hari ini, 3 Disember merupakan sambutan Hari OKU Sedunia. Sebagai ahli masyarakat, kita perlu buka mata, iktiraf keistimewaan golongan ini dan beri mereka peluang seadilnya untuk membuktikan diri. Ada banyak kategori orang kelainan upaya - OKU fizikal, mental, penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Setiap seorang punya hak yang sama dengan kita yang biasa ini cuma kitalah kena sentiasa beri sokongan dan tahu cara yang betul untuk berinteraksi dengan mereka. 

Mudah-mudahan, dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita akan lebih peka dan prihatin terhadap keadaan mereka. Dapat beri pendedahan dan didikan yang baik kepada ahli keluarga terutama anak-anak agar tidak mengabaikan golongan OKU atau merendah-rendahkan keterbatasan mereka. Perlu jadi lebih empati.


Photo by Eren Li from Pexels


Candra Ancala Sujana dalam Satu Nafas

Khamis, Disember 02, 2021

Kord Gitar Hitam Saksi Putih - Haqiem Rusli | Kalau jumpa orang sibuk guna rancak, rancak berdosa ... kalian tahulah dari mana punca pengaruhnya. Sampaikan Viu pun guna tagline ‘Semuanya Rancak’.

Tetapi, kalau tiba-tiba kalian dengar anak remaja terutamanya gadis-gadis sunti guna candra, ancala dan sujana ... dapat agak tak dari mana? Hahaha jangan terkejut. Siapa yang guna istilah-istilah ini dalam masa terdekat, sahih peminat setia Haqiem Rusli (Qiemillio). 😎

Saya singgah ke rumah seorang kenalan baru-baru ini sebab dia buat kenduri tetapi saya tidak dapat hadir. Ditegur oleh anak gadis remajanya, N yang dahulu pernah jadi anak murid kelas tuisyen saya. Bukan main rancak lagi dia berbual, bercerita itu ini. Saya perasan dalam keterujaan N mengkhabarkan perkembangan dirinya kepada saya, dia menggunakan tiga perkataan yang jarang kita dengar - candra, ancala dan sujana. Practically, dia seolah-olah tuturkan tiga perkataan ini dalam satu nafas! 😅

Candra bertemankan anjala 😎 (Photo by Pixabay from Pexels)