Sibuk Memburu Si Lazzie

Rabu, Disember 08, 2021

Assalamualaikum. Selamat Hari Rabu! 

Bagi kalian yang biasa membeli-belah di Lazada, sudah intai-intai promosi 12.12 atau belum? Saya tiadalah teruja sangat hendak berbelanja itu ini. Biasanya, kalau waktu jualan murah, saya banyak beli barang-barang dapur dan keperluan harian sahaja. Oh, tidak lupa … barang-barang untuk kraf, jurnal dan planner saya juga 😂. Seronok apabila dapat tawaran berbaloi yang memang sukar hendak jumpa jika di luar.

Sekarang ini saya tengah rajin memburu si Lazzie. Maskot Lazada yang ceria tu. Pengguna aplikasi Lazada tentu sibuk lakukan perkara yang sama, bukan? Lazzie Hunt bersempena 12.12 menawarkan hadiah utama kereta Nissan Almera.

Sekarang saya sedang sibuk sediakan gift box untuk The Cenonets (panggilan untuk anak-anak murid tuisyen saya). Lama dah tak jumpa sebab semenjak PKP sehinggalah sekarang saya tetap buat kelas secara dalam talian. Tiada kelas secara bersemuka dah. Jadi, memandangkan sudah hujung tahun, saya niat hendak belanja mereka. Tak ada belanja besar-besar pun... buat surprise gift box isi coklat sikit, biskut sikit. Nanti ibu atau bapa boleh datang ambil di dewan. 

Sewaktu sibuk sediakan barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kotak, seorang teman saya dapat tahu dan dia dengan senang hati sponsor dua kotak Beaukids Aafiyah Nutri-Jelly Drink supaya turut dapat dijadikan sebahagian daripada isi kandungan gift box.

Pucuk dicita ulam mendatang. Bertambah meriahlah gift box saya. Selama ini saya hanya pernah dengar sepintas lalu tentang Beaukids atau produk Aafiyah ini. Inilah kali pertama tengok depan-depan.


Bukan main comel lagi Aafiyah dekat sini.

Minuman Jeli Berkhasiat Beaukids Aafiyah BeauSiti X WonderLab

Cara Buat Buttermilk

Selasa, Disember 07, 2021

Bagi kalian yang suka memasak, membakar kek, biskut dan kuih, tentu kalian gemar mencuba resepi baharu, bukan? Pernah atau tidak jumpa mana-mana resepi yang memerlukan buttermilk sebagai salah satu bahannya?

Buttermilk atau susu mentega ada dijual di pasar raya cuma kadang-kadang agak sukar didapati. Jika ada pun mungkin dalam kotak atau botol besar yang terlalu banyak untuk keperluan kita. Saya tidak pernah cuba dinginbekukan buttermilk sebelum ini. Tidak pasti sama ada buttermilk boleh didinginbekukan dengan baik ataupun tidak tanpa menjejaskan kualitinya.

Jadi, saya lebih gemar menyediakan sendiri susu yang diasidkan sebagai pengganti buttermilk apabila hendak guna dalam sesuatu hidangan. Mudah. Hanya perlu dua bahan - susu dan sesuatu yang berasid seperti cuka atau jus lemon.


Cara Membuat Buttermilk

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu (tidak kira sama ada susu segar, penuh krim, rendah lemak, oat atau badam)
  • 1 sudu besar perahan jus lemon atau cuka putih


Langkah penyediaan:

  1. Campurkan kedua-dua bahan. Kacau sedikit supaya sebati.
  2. Biarkan selama 15 - 20 minit pada suhu bilik sehingga tekstur susu menjadi sedikit mengental seperti gambar di bawah.
  3. Sedia untuk digunakan.



Nasi Lemak Oat

Pagi tadi saya masak oat untuk sarapan. Sudah siap senduk ke dalam mangkuk, tinggal hendak potong buah sahaja untuk dinikmati bersama oat. Tiba-tiba, jiran sebelah laung dari pagar. Petanda rezeki tu!

Alhamdulillah, kami terima nasi lemak lauk ayam goreng panas-panas. Besar tau portionnya. Boleh buat makan dua kali. Jiran saya lepas geram, tidak puas hati dengan nasi lemak yang dibeli beberapa hari lepas. “Sejak barang naik harga, habis semua tukar resepi! Kurang rasa!”

Ada benarnya. Kelmarin Bott pergi beli nasi lemak kegemarannya di gerai biasa. Terserlah juga kehambaran dari segi rasa. Harga tetap sama cuma sambal tumis tiada ikan bilis, timun satu hiris nipis, kacang goreng dah tiada, telur jadi telur simkad dan ikan bilis guna yang jenis tebal tu. Apa nak buat kan… tentu-tentulah golongan yang berniaga ni terpaksa adjust sana-sini. Dah barang-barang semua naik! Nak puas makan, kenalah masak sendiri. Itu yang jiran kami masak banyak-banyak belanja tetangganya sarapan nasi lemak hari ini.


Nasi Lemak Oat