Nasi Lemak Oat

Selasa, Disember 07, 2021

Pagi tadi saya masak oat untuk sarapan. Sudah siap senduk ke dalam mangkuk, tinggal hendak potong buah sahaja untuk dinikmati bersama oat. Tiba-tiba, jiran sebelah laung dari pagar. Petanda rezeki tu!

Alhamdulillah, kami terima nasi lemak lauk ayam goreng panas-panas. Besar tau portionnya. Boleh buat makan dua kali. Jiran saya lepas geram, tidak puas hati dengan nasi lemak yang dibeli beberapa hari lepas. “Sejak barang naik harga, habis semua tukar resepi! Kurang rasa!”

Ada benarnya. Kelmarin Bott pergi beli nasi lemak kegemarannya di gerai biasa. Terserlah juga kehambaran dari segi rasa. Harga tetap sama cuma sambal tumis tiada ikan bilis, timun satu hiris nipis, kacang goreng dah tiada, telur jadi telur simkad dan ikan bilis guna yang jenis tebal tu. Apa nak buat kan… tentu-tentulah golongan yang berniaga ni terpaksa adjust sana-sini. Dah barang-barang semua naik! Nak puas makan, kenalah masak sendiri. Itu yang jiran kami masak banyak-banyak belanja tetangganya sarapan nasi lemak hari ini.


Nasi Lemak Oat


Memandangkan semangkuk oat sudah tersedia di depan mata, saya malas nak simpan. Kebetulan, nasi lemak yang dihantar diletakkan di dalam bekas yang berbeza. Nasi lain bekas, sambal, kacang, timun dan ayam lain bekas … jadi saya ceduk sambal, ambil serba sedikit ramuan lain sebagai rencah untuk oat saya. 

Jadilah nasi lemak oat. Terus teringat pada hidangan Coconut Quinoa yang pernah saya makan di sebuah restoran makanan sihat. Yang itu, quinoanya dimasak dengan santan ala-ala nasi lemak. 

Alhamdulillah, habis semangkuk nasi lemak oat saya. Nasi lemak betul berlaukkan ayam goreng dijadikan hidangan makan tengah hari dan malam nanti. Tidak perlu fikir hendak masak apa hari ini. 



7 ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki di pagi hari, pandai buat fusion, mesti sedap oat bersambal. Itulah harga bagai nak cover kerugian dulu dulu..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah//jarang makan oat sbb tak sedap..hahaha

    BalasPadam
  3. rezeki...
    Ammi pun selalu belasah je makan oats dengan sambal sardinlah, lemak ayamlah, asam pedaslah.

    BalasPadam
  4. Sangat sangat terkesan dengan kenaikan harga. Peniaga terpaksa ubah sana sini untuk teruskan berniaga. Apa apa pun buat sendiri puas hati. Good idea gak tu jadikan nasi lemak oat. Macam makan bubur bersambalkan sambal nasi lemak and the geng.

    BalasPadam
  5. Boleh cuba juga ni. Naniey dulu suka buat oat tomyam..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.