Asalnya saya mencari biji jagung kering (corn kernels) sebab nak buat bertih jagung sendiri. Dalam pada sibuk hendak putuskan mahu beli jenis mushroom atau butterfly, terserempak pula dengan bertih jagung yang tinggal nak masuk mulut.
Dah nampak tu, apa lagi ... tergodalah! Sebelum makan popcorn versi sihat, ada baiknya makan popcorn versi yang lemak berkrim dahulu.😆 Dalam banyak-banyak popcorn yang tersaji di hadapan mata, berkenan pula pada popcorn Eureka. Biasa dengar jenama ini tetapi saya belum pernah cuba.
Klik pada kedainya, terus rambang mata! Ada banyak pilihan perasa.
Sweet atau
savoury? Kalian sendiri putuskan sesuai cita rasa. Antara perasanya ialah -
Seaweed, Butter Caramel, Dark Chocolate, Sea Salt, Wasabi, Cheese, Salted Egg dan macam-macam lagi. Ada beberapa perisa yang agak unik bagi saya -
Spicy Cuttlefish,
Tomato dan
Cocoa Malt.
Saya cuba dua perasa dahulu. Nampak perasa White Coffee terus teruja. Tanpa fikir panjang masuk dalam bakul shopping. Kemudian, satu lagi saya pilih dark chocolate. Mula-mula rasa nak butter caramel. Tetapi, ada ulasan yang kata popcorn butter caramel tu agak manis. Jadi, pilih coklatlah.
Popcorn dah sampai!